Thursday, February 20, 2014

Album Kompilasi `YUKI` 2014

Salam selasa.. 

Tajuk entry tak menahan sangat kan... macam penyanyi pulak nak ada album2 kompilasi bagai nih.. hehe.. 

Entry ni sebenarnya nak cerita pasal 雪/yuki/snow/salji *nah amik 3 bahasa aku bagi* yang turun kat Sano-shi *tempat tinggal cek la ni* untuk sepanjang sesi winter 2013/2014 ni.. Tempat cek ni bukan jenis turun snow hari2.. dalam satu musim tu ada la dalam 3,4 kali je.. tu pun sikit2 je tak tebal mana.. TAPIIIII kali ni memang sangat lebat n tebal snow yang turun.. 

Dalam 20 tahun kot tak silap area Kanto tak pernah turun snow sebanyak kali ni..kat tempat cek ni lepas 24jam dia turun tinggi snow tu dalam 15-20cm jugak laa.. kalau pijak mau tenggelam kaki paras betis jugak.. Dulu pernah berangan2 la nak duduk kat tempat yang hari2 turun snow tapi bila dah dapat satu hari yang tebal gitu stress jugak rasanya.. insaf dah tak mau berangan nak duduk kat sana, kat tempat sekarang dah cukup bagus.. hehe 




Monday, January 27, 2014

Ichigo + Yuki

Assalamualaikum..

Entry kali ni masih lagi dalam sesi throwback gara2 malas betul nak mengarang aritu..hihi..

Seminggu lepas balik dari malaysia aritu mula balik la siri jalan2 mr & mrs ramli ni.. maklumlah kami ni pantang hujung minggu duduk diam2 dalam rumah, sure kaki ni gatal je nak jejak mana2 tempat padahal tempat2 tu dah banyak kali terjah.. disebabkan sekarang dah musim untuk melantak ichigo / strawberry tak hingat doniaaa makanya memang kami terjah la ke shibukawa strawberry farm.. tiap2 tahun pun memang gi situ.. hehe.. harga masuk 1500yen sorang, boleh melantak ichigo sampai kembung perut selama setengah jam.. cicah pulak strawberry tu dengan susu pekat manis memang bertambah kawwwww lahhh dia punya rasa... suwittt2 gituewww.. *oh my BM*  


Lepas dah buncit perut dengan strawberry kami naik ke Mt. Akagi, main2 snow atas tasik yang beku.. macam biasa ramai yang dok memancing atas tasik beku tu.. 

dah tu je nak bebel malam ni.. kbai ~


Tuesday, January 21, 2014

Cuti-cuti Malaysia 2013


Assalamualaikum..

salam selasa uolls.. hehehe

Lama sungguh aih tak bukak blog n update apa2 pun.. ni semua salah vitamin M la ni.. hukhuk..

Hujung bulan 12 hari tu sempat la balik malaysia 2 minggu.. tak boleh nak balik lama coz cik abe pun cuti musim sejuk n tahun baru dapat 2 minggu je n balik ni pun bersebab jugak sebenarnya.. kami balik sebab nak dapat adik ipar baru.heheh.. * i dapat biras baru * 

Selain dari balik sebab kenduri kawen adik ipar aku tu, macam2 benda jugak la dapat buat.. tolong adik aku pindah rumah baru, pegi kenduri kawen member satu sekolah dulu n picnic dengan family. Bab jalan2 cari makan tak usah cerita la.. memang berjalan sungguh cari cendol, durian, siput sedut n macam2 lagi.. =P




Tuesday, November 26, 2013

Tokyo Motor Show 2013

Salam selasa..

Entry kali ni pasal kereta motor je.. sebabnya tuan tanah sempat la terjah Tokyo Motor Show yang diadakan di Tokyo Big Sight bermula pada 23/11 hingga 1/12 nanti.. Disebabkan terjah masa hari cuti memang tak payah habaq la kan punya ramainya orang berpusu2 nak tengok pameran ni.. Memang sesak habis la.. 

Macam2 jenis kereta ada tapi agak sedih sebab ramai sangat orang tak sempat nak tengok concept cars yang kononnya canggih manggih tu.. so agak tak best jugak lah sebab takat tengok kereta biasa yang bakal keluar tu kat atas jalan pun boleh ushar ye dokk.. haha.. nak try test kereta pun tak sempat sebab ramai sangat yang dah dok beratur tunggu turn.. hukhuk.. 

Yang buat tambah geramnya kebanyakan nihonjin (orang jepun) ni datang semata2 nak amik gambar model2 yang kiut miut kawaii tu je *sigh*.. berebut2 siap zoom bagai fokus kat model je bukannya kat kereta..haha.. aku ada jugak amik gambar model tapi dengan kereta la.. heee ~

So nahhhh gambar kereta yang cantik2 tu.. boleh la berangan2 nak yang mana satu.. =)







Tuesday, November 19, 2013

Autumn 2013 - Part 4

Assalamualaikum..

Salam selasa cik blog.. 

Entry kali ni masih berkisah tentang daun jugak lagi. hehe.. 
Tapi bukan daun merah tapi daun kuning sebab kali ni sempat terjah ke Showa Kinen Koen (Showa Memorial Park) dekat Tokyo yang banyak pokok ginko. Pokok ginko ni bila tiba masa dia tukar color memang sangat2 cantik.. nampak keemasan je semua tempat tambah2 kalau berjalan2 kat bawah deretan pokok tu memang syiokkkkkk sangat lah *punya panjang `syiok` tu nak gambarkan betapa bestnya* hihi.. 

Subhanallah ~ memang cantik gila.. tapi yang tak bestnya sebab terjah hujung minggu paham2 jela kan, ramainya umat manusia. Nak posing2 baring guling2 pun dah tak sempat dah sebab orang ramai semua pakat nak berpusu2 berjalan di bawah deretan pokok tu.. Memang main candid je mana yang sempat.. tak kira dah cantik ke tak gambar tu.. =P

So nahhhhh gambar daun kuning yang cantik tu.. cakap banyak pun tak guna kan, kena tengok baru best.. =)