Saturday, February 23, 2013

28

~Happy Birthday to me ~

Aci tak wish untuk diri sendiri?? hahah.. 

Tahun ni dah melangkah ke umur 28 tahun.. Ohh.. lagi 2 tahun dah nak masuk 3 series *pitam*.. Dok rasa macam baru semalam je abih spm *perasan sweet 17 la tu*.. hehe 

Moga dengan pertambahan umur ni aku menjadi lebih matang dalam segala hal, diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang baik oleh Allah s.w.t.. Amiinn.. =)

kek buat sendiri, so sememeh semacam je.. haha

Monday, February 11, 2013

Ibaraki Science Museum of Atomic Energy

Hari2 cuti ni memang kaki gatal2 je rasa nak berjalan.. maka cari punya cari tempat yang belum terjah lagi terjumpa la satu museum kat Ibaraki.. Ibaraki Science Museum of Atomic Energy, muzium sains tentang atom n nuklear. Macam2 info dipamerkan kat situ.. Agak menarik untuk bawak anak2 belajar sambil bermain di situ. Macam2 aktiviti ada walaupun muziumnya tak la besar mana.. hehe.. lepas dah puas isi otak dengan info, kami lepak2 di atas bukit yang sangat2 la sejuk tapi pemandangannya sangatla cantik.. 

Layan la gambar yang aku curik2 ambil dalam muzium ni.. Ngee ~
jom belajar hafal periodic table dgn cikgu mimi

Sunday, February 10, 2013

Osaka - Kobe - Kyoto

Konnichiwa..

Lagi entry jalan2 tapi ni trip 2 in 1 sebabnya aku ni tak bercadang pun nak ke osaka, kobe n kyoto hanya sekadar mengikut hubby yang kena outstation ke osaka selama 4 hari dari 5hb - 8hb Feb lepas.. alang2 dah gi lama tu lepas tu hujung minggunye cuti selama 3 hari so aku tak buang masa terus cakap nak ikutttt!!..hehe .. Terperap la aku kat hotel selama 4 hari tu coz hubby kena kursus dr 9pg - 5ptg so memang tak sempat nak jalan2 pun kat osaka tu (nasib baik sebelum ni dah pernah gi osaka).. hari terakhir kat osaka malamnya kami ke Kobe Harborland sebelum gerak ke Kyoto. Sempat la bergambar2 sebelum tempat tu tutup (tapi kedai semua dah tutup tak sempat nak beli omiyage/souvenir).. 

Di Kyoto pulak lepas breakfast terus terjah Kiyomizudera, sebuah temple lama yang tak guna sebarang paku pun, kami hanya sekadar jalan2 kat luar tak masuk pun dalam temple tu.. Lepas tu terus terjah kedai2 jual souvenir sebaik je kedai2 tu bukak (niat memang nak beli omiyage je)..haha.. lepas shopping FM n kuih mochi terus gerak ke Kinkakuji Temple (Golden Pavilion) sebuah temple yang berwarna emas.. Kiranya dua temple ni memang tempat yang famous kat kyoto ni.. Pun tak duduk lama just jalan amik gambar n terus cari FM sebagai omiyage.. 

Kat Kyoto ada satu kedai makan yang 100% halal namanya ROSE CAFE.. memang best lah kedai tu.. harga pun bole tahan jugak.. yang penting sedap.. hehe.. kami try chicken kebab plate set..memang perghhhh sedap betul.. siap tapau jugak beef burger untuk bekalan masa balik.. hehe 

Dah tu je catatan untuk trip kali ni.. Daaa ~