Wednesday, July 9, 2014

Akhirnya...

Assalamualaikum..

Dah lama tak jenguk sini, entry pun banyak yang belum masukkan lagi. Malas sungguh la aih akhir2 ni.. Kali ni bukan nak cerita pasal entry yang throwback2 tu tapi pasal benda lain..

So ni kiranya entry khas la kan untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan di masa2 akan datang. 

Al-kisahnya, pada 1 Julai 2014 lepas, aku bukan lagi seorang guru.. Yupp.. sekarang dah jadi bekas guru.. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam tempoh cuti tanpa gaji ikut suami tapi keputusan terbesar dah dibuat dan surat iringan pun dah dihantar ke sekolah n kementerian. Tarikh yang dipilih adalah 1 JULAI. Cuma sekarang masih menunggu surat pengesahan peletakan jawatan dari KPM. 

Walaupun ni keputusan yang besar n agak berat jugak tapi Alhamdullillah dapat restu dari mak ayah. Restu tu yang penting sebab diorang yang dah susah payah hantar aku mengaji sampai university. Tapi nak buat macam mana kan, tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Maka diorang pun dah merestui keputusan aku n suami untuk menetap lebih lama kat jepun ni. 

Kalau ditanya perasaan aku sekarang ni, bercampur baur. Macam2 ada.. Sedih sebab dah letak jawatan, suka sebab tak perlu jauh2 dengan suami. Tapi aku rasa macam lebih banyak ke arah suka jer.. hehe.. Yelah, sapa yang suka duduk jauh2 dengan suami kan, kalau takat dalam Malaysia hujung minggu je jumpa aku tak kisah lagi, ni kena merentas lautan 2,3 bulan sekali baru boleh jumpa tu pun kalau masih panjang umur n jodohnya. 

So aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. Biarlah orang nak kata `eh, rugi la letak jawatan dengan kerajaan` bagi aku , aku dah cukup bahagia dah macam ni.. Kerja macam2 boleh buat lagi lepas ni bila balik malaysia. Tak nak kerja pun suami aku tak kisah. Hehe..

Dah tu je yang aku nak luahkan di sini n untuk dijadikan sebagai kenangan aku yang dulu aku pernah jadi seorang guru n tarikh bila aku lepas jawatan aku. 

K, Bai.. 

Owh.. lupa nak wish.. SELAMAT BERPUASA!! =)

Thursday, June 19, 2014

Tulip.. Tulip.. Tulip..

Tadi dah cerita pasal sakura sekarang sesi throwback untuk cik tulip pulak..

Tahun ni tukar angin sikit sebab terjah tengok tulip kat Showa Kinen Koen, Tokyo. Cantik gila rupanya taman tulip kat situ.. Tanam jepun yang ditanam dengan tulip warna warni serius buat hati berbunga2 riang gitu. Memang tak puas la tengok.. Pastu keja nak posing sana sini jela kan..hihi..

So nah cek belanja gambar macam biasa la noo.. 


Sakura.. Sakura.. Sakura..

Assalamualaikum..

Setelah hampir 4 bulan menyepi kini I kembali.. hehe

Banyak gila benda nak cerita sebenarnya tapi penyakit malas tu lebih menguasai diri.. huhu..

So kita throwback jela ek..

Kali ni entry yang patut masuk masa bulan 4 aritu. Cerita pasal sakura lah apa lagi kan.. Malas nak cerita panjang nak tempek gambor je la ye.. =)


Thursday, February 20, 2014

Album Kompilasi `YUKI` 2014

Salam selasa.. 

Tajuk entry tak menahan sangat kan... macam penyanyi pulak nak ada album2 kompilasi bagai nih.. hehe.. 

Entry ni sebenarnya nak cerita pasal 雪/yuki/snow/salji *nah amik 3 bahasa aku bagi* yang turun kat Sano-shi *tempat tinggal cek la ni* untuk sepanjang sesi winter 2013/2014 ni.. Tempat cek ni bukan jenis turun snow hari2.. dalam satu musim tu ada la dalam 3,4 kali je.. tu pun sikit2 je tak tebal mana.. TAPIIIII kali ni memang sangat lebat n tebal snow yang turun.. 

Dalam 20 tahun kot tak silap area Kanto tak pernah turun snow sebanyak kali ni..kat tempat cek ni lepas 24jam dia turun tinggi snow tu dalam 15-20cm jugak laa.. kalau pijak mau tenggelam kaki paras betis jugak.. Dulu pernah berangan2 la nak duduk kat tempat yang hari2 turun snow tapi bila dah dapat satu hari yang tebal gitu stress jugak rasanya.. insaf dah tak mau berangan nak duduk kat sana, kat tempat sekarang dah cukup bagus.. hehe 




Monday, January 27, 2014

Ichigo + Yuki

Assalamualaikum..

Entry kali ni masih lagi dalam sesi throwback gara2 malas betul nak mengarang aritu..hihi..

Seminggu lepas balik dari malaysia aritu mula balik la siri jalan2 mr & mrs ramli ni.. maklumlah kami ni pantang hujung minggu duduk diam2 dalam rumah, sure kaki ni gatal je nak jejak mana2 tempat padahal tempat2 tu dah banyak kali terjah.. disebabkan sekarang dah musim untuk melantak ichigo / strawberry tak hingat doniaaa makanya memang kami terjah la ke shibukawa strawberry farm.. tiap2 tahun pun memang gi situ.. hehe.. harga masuk 1500yen sorang, boleh melantak ichigo sampai kembung perut selama setengah jam.. cicah pulak strawberry tu dengan susu pekat manis memang bertambah kawwwww lahhh dia punya rasa... suwittt2 gituewww.. *oh my BM*  


Lepas dah buncit perut dengan strawberry kami naik ke Mt. Akagi, main2 snow atas tasik yang beku.. macam biasa ramai yang dok memancing atas tasik beku tu.. 

dah tu je nak bebel malam ni.. kbai ~