Wednesday, March 28, 2012

Hobi Baru

Hobi baru aku ----> jalan2 tiap2 pagi
Orang jepun keluar jalan2 tiap2 pagi bawak anjing, aku jalan2 bawak badan je..hikhikhik
Pusing2 kawasan perumahan n lepak2 kat taman mainan + jogging 1,2 round...
Suka dengan hobi baru ni sebab badan rasa fresh pas jalan2...

* ekceli motif utama untuk kurangkan lemak2 yang makin menimbun nih.. huhu

Friday, March 23, 2012

Hujan

Bila tiba hujung minggu je mesti hujan...
Camna nak jalan2 esok ni??..
Huuuwaaaa... 

* mode : bila hujan, mata mengantuk perut lapar.. heheh

Sunday, March 18, 2012

Baru Perasan

Ok, baru perasan yang blogspot.com dah jadi blogspot.jp ...
Ok, itu je nak cakap...

* mode : bosan hujung minggu duduk rumah je...

Friday, March 16, 2012

Jishin (Earthquake)

Sejak akhir2 ni, makin kerap pulak jishin berlaku...
2 hari lepas siap ada amaran tsunami kat bahagian utara jepun, tapi nasib baik takde tsunami besar pun...
Kat tempat aku Sano-shi ni, makin kerap pulak jadi tengah2 malam around 2am until 4am...
And malam tadi jadi lagi...
Pukul 4.20 pagi, 4 minit sebelum subuh, rumah bergegar kuat n iphone keluarkan amaran jishin...
Aku memang dah rasa nak melompat bangun sebab pusat gempa kat Saitama je, wilayah sebelah tempat aku..
Kat Saitama tu M4, so kat Tochigi ni maybe dalam M3/M4 jugak..
Kejut hubby bangun sebab rasa gegar kuat n lama dari biasa, dia boleh pulak cakap jom tido balik...
Adehhh.. mentang2 la dia dah lali dengan jishin semua ni, boleh rileks2 lagi pulak.. huhu
Moga Allah lindungi kami sekeluarga dari segala bencana...
Aamiiin.. 

Thursday, March 15, 2012

TV Series - Part 2

Ok, hari ni kita sambung lg TV series yang aku suka tengok kat jepun ni.
Rancangan ni namanya ぐるナイ / Gurunai... 
Ekceli, rancangan ni tentang program makan2 je tapi yang bestnya sebab dia macam kuiz sikit, kena tempah makanan, teka harga makanan n kena makan tak boleh lebih n kurang dari jumlah wang yang diperuntukkan...
Kalau sapa2 yang makan cukup2 dengan jumlah tu, dia akan dapat 1 juta yen...
Yang kalah dalam pertandingan ni dendanya dia kena bayar semua jumlah harga yang ahli2 rancangan ni makan.. so kalau sorang kena makan 15000 yen, ada 6 orang jadi la 90000 yen...tapi selalunya akan lebih n kurang la sebab ada ahli yang akan makan lebih dari 15000 yen n ada yang makan kurang dari tu..hehe
Sebab tu tiap2 orang bawak duit semua banyak2, takut kena denda..hihi..
Rancangan ni ada pada hari khamis, tapi tak de la setiap minggu..
Yang aku perasan, tv jepun dia punya rancangan tv tak tetap tiap2 minggu macam kat malaysia tu..
mungkin dua minggu ada, minggu depan takde pastu minggu seterusnya ada balik... selang seli dengan rancangan yang lain..
Owhhh.. bebel panjang pulak..dushhh..

GURUNAI

masing2 tengah kira duit
okamura yang sangat lawak
tetamu - Gackt yang hensem...hihih

ni saja aku taruk video pada sapa2 yang nak tengok....tak nak tengok duduk diam2..hihi

Wednesday, March 14, 2012

TV Series - Part 1

Hari ni aku nak cerita pasal rancangan tv kegemaran aku kat Nihon ni... 
Salah satu tv series yang aku suka ialah Hirunandesu... rancangan ni dia siarkan tiap2 hari Isnin hingga Jumaat kat 日本テレビ (salah satu channel tv kat jepun) pukul 12.00 tengahari sampai 2.00 petang...
memang tiap2 hari pukul 12 je aku akan tercongok depan tv mengadap rancangan ni walaupun aku tak berapa paham nihonggo..kehkehkeh.. 
rancangan ni best bagi aku sebab pengisian dia pelbagai tiap2 hari...
ada kuiz, ada tunjuk tentang makanan (terliur tengok makanan sedap2..adehh), ada tentang fesyen, dan macam2 lagi laaaa.. 
dia punya pengacara pun best sebab ramai dan lawak2 belaka...walaupun tak berapa paham kadang2 boleh tergelak sorang2 tengok gelagat pengacara dia tu... ekceli, ada juga la benda yang dia cakap tu aku paham tapi sikit2 je la..hhihi.. kena improve nihonggo lagi nih.. owhh..saya malas belajar sorang2..huhu

Hirunandesu

ヒルナンデス!!
antara pengacara rancangan ni
set rancangan ni yang sangat warna-warni
 p/s : seperti biasa, gambar ihsan dari encik google..hihii

Monday, March 12, 2012

Genap setahun

.... usia perkahwinan aku n tragedi tsunami Jepun.... 
~11 Mac 2011~

kek anniversary wat sendiri... 1st try...

p/s: * kek tu comot2 sebab ni pertama kali aku cuba deco kek sndri..huhu... nampak sangat kena berlatih deco2 lagi..hihi..  * 2,3 malam sebelum ni asyik ada gempa je tengah2 malam...around 2-4am.. sampai boleh terjaga dari tido la punya kuat gempa tu boleh rasa.. cek takuttttttt!!!

Saturday, March 10, 2012

Selamat Bertunang

.... adik-adik ku....


Thursday, March 8, 2012

SBPA dimansuhkan

Hari ni PM umukan berita baru tentang SBPA... emm.. gaji naik 13%... nak merasa gaji baru ni kena la tunggu balik kerja nanti..hihi
untuk maklumat lanjut, boleh baca link kat bawah ni ye..

myMetro | Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik

p/s : ceh..penat2 je aku pikir aritu sebelum sign borang SBPA... siap pos borang dari sini ke sekolah kat batu caves tu.. sabar jela..

Khas untuk Wanita

Hari ni merupakan Hari Wanita Sedunia... So kepada setiap insan yang bergelar wanita, ni khas untuk anda...
 ~SELAMAT HARI WANITA~


Nah ni cek bagi ros khas kat hampa semua naaa... hehe
Moga kita sebagai wanita dapat berbakti untuk keluarga, masyarakat dan negara... 
Fuhh.. siap dengan ucapan berunsur patriotik lagi..hahha

p/s : gambar dari google jek.... kuikuikui

Tuesday, March 6, 2012

Our Anniversary Celebration

Anniversary sepatutnya pada 11 Mac nanti, tapi sambut awal2 sebab hubby dah ambik cuti..heheh

singgah makan ichigo dulu kat Shibukawa
ichigo @ strawberry
gambar wajib..hehe
bergambar dengan van ichigo
ini hati saya...
hati saya hanya untuk awak... <3
gambar wajib lagi..hihi
dalam kamakura kecik
kumakura besar punya
me again...
souvenir
dinner... makan banyak2 sebab buffet...
kenyang makan sushi...
sesi pakai yukata yang diberi khas n boleh pilih sendiri nak warna apa
selipar jepun yang kecik dari kaki
melaram yukata lagi
matsunoi hotel

p/s : layan gambar jela ek, aku takde mood nak mengarang panjang2... kuikuikui

Kena tinggal

Waaaa... sedih..sob..sob.. kena tinggal dengan hubby 2hari 1malam sebab dia kena hadir program motivasi anjuran MARA kat Tokyo... program tu untuk semua students tahun akhir tajaan MARA n bekas pelajar tajaan mara jugak yang dah bekerja kat sini... Ekceli, aku tak penah kena tinggal lagi sepanjang 7bulan kat sini sebab sebelum2 ni hubby tak penah outstation berhari2.. selalunya dia gi balik hari... Adehhh... macam mana ni nak duduk rumah sorang2??... dah la tak de orang melayu pun kat area Sano ni...bosan gila... 


Friday, March 2, 2012

Can`t wait for tomorrow

Diam tak diam dah masuk bulan Mac dah kan.. kejap je masa berlalu... sedar tak sedar Ahad minggu depan cukup setahun aku jadi seorang isteri... lagi la tak terasa masa berlalu begitu pantas sebab 5 bulan pertama aku dengan hubby duduk jauh2.. sorang kat malaysia, sorang kat jepun.. heheh..

Tak sabar nak tunggu esok sebab aku dengan hubby nak gi jalan2 n stay for 2D1N at Minakami, Gunma... So anggap percutian tu sebagai kitaorang punya anniversary la ek.. hahah.. Ohh.. tak sabarnya nak tunggu esok..hihihi.. excited sebab dah lama tak jalan2 rasanya..heheh