Monday, July 30, 2012

Ueno, Tokyo

Hari Jumaat lepas aku n hubby ke Ueno, Tokyo. Saja jalan2 sebab hubby cuti hari tu. Cadangnya nak berbuka puasa di kedai 2x2 = 8 (restoran pakistan yang halal) so sebelum waktu berbuka kami jalan2 di sekitar Ueno. Fuhhh..memang mencabar sungguh berjalan2 dalam keadaan berpuasa n panas terik.. Letih tak terkata..haha
okachimachi

Ameyoko

Di Ueno, kami berjalan menyusuri deretan kedai di Okachimachi dan Ameyoko.. Kat situ banyak kedai2 jual ikan yang sangat2 murah.. Ikut hati memang nak beli ikan tapi memikirkan nak balik ke Sano pun lewat malam takut ikan2 tu busuk dalam kereta tambah2 sekarang ni panas, memang cepat busuk la ikan2 tu nanti.. *rasa macam rugi pulak tak membeli*..hehe

Selain tu ada jugak kedai yang jual buah-buahan dari Thai seperti manggis dan durian tapiiiii harganya sangat2 la mahal.. *nasib baik tak mengidam, kalau mengidam aku gagah beli jugak*..hehe
Tengok buah durian memang rasa teringin nak makan tapi bila tengok harga, mak aii telan air liur jela jawabnya.. mau tak nya, sebijik 4500yen.. kalau kat jepun ni bole la dianggap seperti sebijik rm45, tapi kalau convert duit malaysia yang sebenar sebijik = Rm180.00. *tak sanggup nak makan mahal2 gitu bila memikirkan kat malaysia lagi murah*..hihi


Sebelum berbuka kami singgah solat di Masjid Yoyogi, Tokyo. Masjid ni orang Turki yang bina so binaannya memang ala2 Turki sikit tapi sangat2 cantik.. Dah dekat waktu berbuka baru lah kami gerak ke kedai 2x2 = 8 tu.. Kat sini makan dia secara buffet..so makan la sampai kenyang..hehe.. 


So sampai disini saja catatan kali ni..hehe.. 

Monday, July 23, 2012

Surat Mohon Maaf


Hari Khamis lepas aku ada terima barang iaitu barang yang aku pesan untuk customer Sakura Baby. Customer aku pesan baju Pingu warna hitam dan aku pun memang isi form yang betul pesan warna hitam tapi bila sampai kat aku bendanya lain, Pinga warna kelabu. Aku suruh hubby call kedai cakap pesanan yang dihantar tu silap.

So terpaksa la diaorang hantar semula barang yang betul n mintak aku pulangkan semula barang yang salah tetapi kos penghantaran dan pemulangan semula ni semua diaorang yang tanggung...
Maka semalam sampai la barang yang betul seperti dalam gambar. Selain barang tersebut terselit satu surat bertulis tangan dari Ketua Stor. Hubby aku cakap *dia tolong translate untuk aku* ketua stor tu mintak maaf atas kecuaian semasa hantar barang hari tu. Dia mohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan semestinya selepas ni akan tingkatkan mutu servis dia. Fuhhh.. sampai gitu sekali dia mohon maaf... *kagum seminit*..

Tu la konsep berniaga or sikap orang jepun. Jika buat silap, harus mintak maaf tambah2 kalau melibatkan customer / mutu perkhidmatan. Bagi diaorang, pelanggan harus diutamakan, n apa2 yang di amanahkan memang wajib di buat sehabis baik.. Pengalaman begini pernah aku lalui kalau makan kat kedai jepun.. kalau silap pesanan, cepat2 dia datang mintak maaf sampai naik lenguh aku nak menunduk2 sampai dia puas ati pelanggan dapat maafkan dia.. *kalau orang kita rasanya siap bergaduh kot tak nak mengaku salah*.. hehe

Catatan ni bukan niat aku nak cakap orang kita tak amanah or tak reti nak mintak maaf, tapi sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri jugak. Sebabnya aku nampak banyak bezanya mutu perkhidmatan orang kita dengan orang jepun ni. 

Orang jepun kalau buka kedai n ada customer masuk, setiap pekerja akan menyambut pelanggan dengan perkataan いらっしゃいませ/Selamat datang n bila customer keluar walaupun tak beli apa2 dia tetap ucap ありがとう ございました / Terima kasih. Layanan dalam kedai tak usah cerita, kalau ada apa2 yang kita tanya dia jawab dengan baik walaupun kedai tu hanyalah kedai kecik tepi jalan sekalipun. Berbeza dengan orang kita kalau berniaga kat pusat beli belah mungkin dah diamalkan konsep begini, tapi kalau kedai runcit??.. belum pernah kot aku jumpa.. orang keluar masuk pun tak diendahkan. 

Tu baru bab berniaga, belum masuk bab perkhidmatan yang lain seperti perkhidmatan kat kaunter. Bukan aku nak kutuk masyarakat kita sendiri tetapi bila duduk di negara orang dan tengok cara layanan mereka , buat aku rasa masyarakat kita perlu berubah kalau nak maju. Kaunter kita tak kirala la kat mana pun, bank ke, pejabat pos ke, klinik ke, or apa2 jela, siap ditampal sticker kempen `Berikan senyuman` dan `Ucapkan terima kasih` tapiiiii kerani yang bertugas payah sekali nak senyum n ucap terima kasih, muka pulak masam mencuka... Bila ditanya, kena marah balik *aku cakap berdasarkan pengalaman*.... So macam mana kita nak maju kalau begini cara kita layan customer??... betul tak??.. 

Ok, dah tak nak bebel panjang2..hehe.. catatan ni hanyalah luahan rasa berdasarkan pengalaman. Kalau negara kita nak maju, mentaliti rakyat perlu berubah... =)

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat di Jepun mahupun di Malaysia...
Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan sebaik-baiknya..
Tahun ni berpuasa di Jepun lagi pada musim panas selama 16 jam, anggap ini sebagai dugaan di bulan Ramadhan.. hehe
Dan pada 1 Ramadhan ni, Alhamdullillah hujan turun menyejukkan bumi sakura... =)




Thursday, July 19, 2012

Panas + Ais krim = Sangat best!!


Waktu panas2 gini pekena ais krim memang satu nikmat yang tak terhinggalah... 
Ni memang ais krim favourite aku la... walaupun perisa vanilla je, tapi rasanya sangat2 sedapppp... Bukan time summer je aku suka, time winter pun aku masih lagi suka makan walaupun cuaca terlampau sejuk ke apa..hahah..
Hujung minggu ni dah mula puasa, so selamat tinggal ais krim untuk sementara waktu... kita jumpa lagi sebulan ye.. hehe

Wednesday, July 18, 2012

Tak dak gheja...

Nampak tak apa yang baru kat blog aku nih??.... Nampak tak?.. nampak tak?... hehe
Bila dah tak de keje *orang utara cakap Takdak Gheja*, aku dah ter`sign up` nuffnang ads.. hihi
 So biarkan lah ads dari nuffnang itu menyemakkan blog aku nih... 
Kalau sapa2 rajin, klik la ads tu semua ye..
hahahaha

Tuesday, July 17, 2012

Atsuiiii

Atsuiiii / Panassss !!!

Fuhhhh.. Panas gila cuaca sekarang nih... Suhu sekarang dah boleh cecah sehingga 36 degree celcius.. Betul2 boleh buat aku rasa seperti duduk dalam sauna.. hahaha
Kipas memang on sepanjang masa... *maklumla rumah takde aircond*..hikhik
Bila dah panas2 ni asyik rasa nak mandi je.. tapi  lepas mandi sure berpeluh balik, mandi ke tak mandi sama je hasilnya..hehe

Panas di jepun ni tak sama macam panas kat malaysia... Bahang panasnya tu boleh buat rasa sakit kepala n kulit rasa pedih bila terdedah dengan cahaya matahari... Kalau tak tahan memang boleh pitam... Memang aku tak suka keluar jalan2 time summer nih... Kejap je dah rasa sakit kepala... tambah2 nanti bulan puasa bakal menjelma lagi 3hari so memang duduk kat rumah jela sepanjang masa menikmati angin dari kipas..hehe.. kalau kat luar belum tentu ada angin sejuk, yang ada angin panas je..hahaha...
Bila dah panas, tempat yang sesuai untuk melarikan diri dan menyejukkan badan tak lain tak bukan mestilah tempat2 yang ada air yang sejuk... tak kisah lah di pantai or sungai, mesti ramai dengan orang.. aku lebih suka dengan sungai berbanding pantai.. hehe..

model aku tengah berkira2 nak terjun ke tak dalam sungai sejuk ni..hehe
Time summer ni jugak la Riang2 sibuk meriangkan dirinya... *riang2 tu sejenis serangga*... dah mula ada bunyi2 yang dikeluarkan oleh sayap riang2 tu yang membuatkan kita rasa seperti duduk didalam hutan.. hehe.. 

si riang-riang
夏祭り/ Festival musim panas pun sekarang dah bermula, banyak tempat dah mula dibuka untuk festival ni.. macam2 ada waktu matsuri ni seperti perarakan, jualan makanan n minuman, tangkap ikan emas dan yang paling best n ditunggu2 semestinya 花火/ hanabi / pertunjukan bunga api... time summer memang masa untuk orang jepun main bunga api.. masa lain tak de..hehe 

teringin nak try...
Cehh.. apa la yang aku melalut ni.. nak cerita pasal atsuii/ panas je tapi dah terlebih pulak sampai festival segala bagai..hikhik


Wednesday, July 4, 2012

Welcome Summer 2012


Menyambut ketibaan 夏/natsu/summer dengan mengeluarkan kipas yang dah berhabuk dari dalam almari doraemon ku... hehe... semangat je bersihkan kipas ni sebab hari ni panas sungguh... buka tingkap pun masih terasa bahang panas tu, angin yang terjah masuk pun angin yang panas... erkkk.. camna la bulan puasa nanti ek, sure aku banyak tidur bertemankan kipas je kot siang2 panas gini... tahun lepas hanya sempat merasa puasa di bumi sakura waktu musim panas gini seminggu je, tahun ni nah amik kau, sebulan la merasanya..hahah... tapi tak pe, hope boleh la kuruskan badan sikit.. *berangan tak sudah*...hihi

So bila dah panas2 gini teringat pulak kat kakigori special kampung kiryu... Fuhhh.. kalau dapat time ni alangkah sedapnya.. haha



Monday, July 2, 2012

Main Masak-masak Tepi Sungai

Hari Sabtu lepas cuaca agak panas la jugak so hubby aku ajak mandi sungai kat Umeda... Bergerak dari rumah pukul 1 petang sampai umeda dalam pukul 2 petang n bila dah atas bukit suhu takde la panas sangat pun... Air sungai pun rasa macam sejuk sangat2 seolah2 macam air yang baru keluar dari peti sejuk...hehe..

Dari rumah aku dah bawak segala peralatan masak memasak sebab cadangnya nak menggoreng mee di tepi sungai.. Waktu aku sibuk main masak2 hubby dah terjun sungai dah tapi berendam sekejap2 je sebab dia kata air sejuk sangat.. *macam mana aku nak mandi ni....sejukkkk*

Lepas siap goreng mee n makan, aku try jugak jejak kaki dalam air, masyaallah... sejuk gilaaaa!! Rasa macam berendam dalam air yang dipenuhi dengan ais.. haha... *rasakan sapa suruh nak mandi sangat time awal2 summer ni*..hehe

Tapi bila dah lama2 dalam air tu rasa macam dah hilang semua sejuk2 tu n siap rasa tak puas lagi mandi... Hubby aku dah surrender tak nak mandi dah... *padahal dia yg beria2 ajak mandi sungai*..hehe


P/s : jernihkan air sungai tu...