Tuesday, July 17, 2012

Atsuiiii

Atsuiiii / Panassss !!!

Fuhhhh.. Panas gila cuaca sekarang nih... Suhu sekarang dah boleh cecah sehingga 36 degree celcius.. Betul2 boleh buat aku rasa seperti duduk dalam sauna.. hahaha
Kipas memang on sepanjang masa... *maklumla rumah takde aircond*..hikhik
Bila dah panas2 ni asyik rasa nak mandi je.. tapi  lepas mandi sure berpeluh balik, mandi ke tak mandi sama je hasilnya..hehe

Panas di jepun ni tak sama macam panas kat malaysia... Bahang panasnya tu boleh buat rasa sakit kepala n kulit rasa pedih bila terdedah dengan cahaya matahari... Kalau tak tahan memang boleh pitam... Memang aku tak suka keluar jalan2 time summer nih... Kejap je dah rasa sakit kepala... tambah2 nanti bulan puasa bakal menjelma lagi 3hari so memang duduk kat rumah jela sepanjang masa menikmati angin dari kipas..hehe.. kalau kat luar belum tentu ada angin sejuk, yang ada angin panas je..hahaha...
Bila dah panas, tempat yang sesuai untuk melarikan diri dan menyejukkan badan tak lain tak bukan mestilah tempat2 yang ada air yang sejuk... tak kisah lah di pantai or sungai, mesti ramai dengan orang.. aku lebih suka dengan sungai berbanding pantai.. hehe..

model aku tengah berkira2 nak terjun ke tak dalam sungai sejuk ni..hehe
Time summer ni jugak la Riang2 sibuk meriangkan dirinya... *riang2 tu sejenis serangga*... dah mula ada bunyi2 yang dikeluarkan oleh sayap riang2 tu yang membuatkan kita rasa seperti duduk didalam hutan.. hehe.. 

si riang-riang
夏祭り/ Festival musim panas pun sekarang dah bermula, banyak tempat dah mula dibuka untuk festival ni.. macam2 ada waktu matsuri ni seperti perarakan, jualan makanan n minuman, tangkap ikan emas dan yang paling best n ditunggu2 semestinya 花火/ hanabi / pertunjukan bunga api... time summer memang masa untuk orang jepun main bunga api.. masa lain tak de..hehe 

teringin nak try...
Cehh.. apa la yang aku melalut ni.. nak cerita pasal atsuii/ panas je tapi dah terlebih pulak sampai festival segala bagai..hikhik


No comments:

Post a Comment