Tuesday, November 26, 2013

Tokyo Motor Show 2013

Salam selasa..

Entry kali ni pasal kereta motor je.. sebabnya tuan tanah sempat la terjah Tokyo Motor Show yang diadakan di Tokyo Big Sight bermula pada 23/11 hingga 1/12 nanti.. Disebabkan terjah masa hari cuti memang tak payah habaq la kan punya ramainya orang berpusu2 nak tengok pameran ni.. Memang sesak habis la.. 

Macam2 jenis kereta ada tapi agak sedih sebab ramai sangat orang tak sempat nak tengok concept cars yang kononnya canggih manggih tu.. so agak tak best jugak lah sebab takat tengok kereta biasa yang bakal keluar tu kat atas jalan pun boleh ushar ye dokk.. haha.. nak try test kereta pun tak sempat sebab ramai sangat yang dah dok beratur tunggu turn.. hukhuk.. 

Yang buat tambah geramnya kebanyakan nihonjin (orang jepun) ni datang semata2 nak amik gambar model2 yang kiut miut kawaii tu je *sigh*.. berebut2 siap zoom bagai fokus kat model je bukannya kat kereta..haha.. aku ada jugak amik gambar model tapi dengan kereta la.. heee ~

So nahhhh gambar kereta yang cantik2 tu.. boleh la berangan2 nak yang mana satu.. =)







Tuesday, November 19, 2013

Autumn 2013 - Part 4

Assalamualaikum..

Salam selasa cik blog.. 

Entry kali ni masih berkisah tentang daun jugak lagi. hehe.. 
Tapi bukan daun merah tapi daun kuning sebab kali ni sempat terjah ke Showa Kinen Koen (Showa Memorial Park) dekat Tokyo yang banyak pokok ginko. Pokok ginko ni bila tiba masa dia tukar color memang sangat2 cantik.. nampak keemasan je semua tempat tambah2 kalau berjalan2 kat bawah deretan pokok tu memang syiokkkkkk sangat lah *punya panjang `syiok` tu nak gambarkan betapa bestnya* hihi.. 

Subhanallah ~ memang cantik gila.. tapi yang tak bestnya sebab terjah hujung minggu paham2 jela kan, ramainya umat manusia. Nak posing2 baring guling2 pun dah tak sempat dah sebab orang ramai semua pakat nak berpusu2 berjalan di bawah deretan pokok tu.. Memang main candid je mana yang sempat.. tak kira dah cantik ke tak gambar tu.. =P

So nahhhhh gambar daun kuning yang cantik tu.. cakap banyak pun tak guna kan, kena tengok baru best.. =)


Tuesday, November 12, 2013

Autumn 2013 - Part 3

OK cerita pasal daun merah kuning oren belum habis.. 
Now kita sambung part 3 pulak.. hee~

Kali ni sambungan dari kisah ringogari yang lepas, lepas je abih puas posing2 bawah pokok apple tu kami terus naik ke Karuizawa.. Tapi sebab hujung minggu n daun tengah migoro, memang jalan jam gilaaaa.. Stress je aku dok tengok jam sebab maghrib masuk awal, pukul 5 dah gelap, takut sampai2 je dah gelap sia2 je kan. Nak tengok daun warna apa kalau dah gelap ye tak.. Sebab jalan jam tu kami sampai dalam pukul 3 lebih.. hajat nak ronda2 tempat lain selain swan lake tu tak kesampaian la.. so sempat pusing satu tasik tu je.. sedih betul sebab kat tempat lain pun cantik2.. hukhuk.. 

Dah la sampai agak lewat, hujan pulak turun rintik2.. sabar jela... memang terkejar2 la amik gambar pun..main klik2 je candid mana yang sempat.. hahaha..

Nahhh.... layan jela gambar dalam hujan ni.. haha



Thursday, November 7, 2013

りんご狩り 2013

Salam khamis cik blog.. 

Sebelum update entry pasal daun merah kuning oren lagi kita selang seli dengan yang lain dulu k.. Ni al-kisah ondaway ke Karuizawa dalam misi nak cari daun merah kuning oren tu, sempat singgah ber-ringogari /apple picking. Ni semua gara2 ternampak ladang apple kat Saku-shi, Nagano-ken masa cari kedai baiki kereta. Ni semua sebab ETC yang tetiba je rosak atas highway, gelabah biawak jugak dibuatnya but nasib baik masa nak keluar dari highway dia ok.. kalau tak mau kena bersoal jawab dengan staff kat kaunter tunai nak bayar tol tak boleh..heee.. so terus je cari kedai n baiki wayar yang tetiba putus tu.. Lepas siap je terus terjah ladang epal ni.. besttttt gila baq hang.. apple bergantungan je atas kepala sana sini.. besar2 pulak tuh... 

Bayaran masuk sorang hanya 500yen dan boleh makan banyak mana larat nak telan dan tiada had masa. Kalau nak petik bawak balik tambah lagi 1000yen dan isi la banyak mana boleh isi dalam beg hijau yang diberi.. Dapat la isi dalam 6/7 biji sebab apple nya besar2..Ada macam2 jenis apple dalam tu, apple warna kuning pun ada tapi disebabkan `limited edition` hanya ada sepokok tuan tanah tak kasi makan n petik bawak balik. Boleh pandang jela, kalau nak rasa kena beli asing kat kedai dia.  Disebabkan sebelum tu dah makan lunch kenyang, kami hanya boleh makan dua biji apple je kat dalam ladang tu.. lagipun masa tak mengizinkan nak lepak lama2 bawah pokok epal tu sebab kena hadap jam pulak nak naik ke Karuizawa.. 

So layankan la gambar apple ni ye.. gerammmmm tak?? hehehe.. 

apple kuning