Thursday, November 7, 2013

りんご狩り 2013

Salam khamis cik blog.. 

Sebelum update entry pasal daun merah kuning oren lagi kita selang seli dengan yang lain dulu k.. Ni al-kisah ondaway ke Karuizawa dalam misi nak cari daun merah kuning oren tu, sempat singgah ber-ringogari /apple picking. Ni semua gara2 ternampak ladang apple kat Saku-shi, Nagano-ken masa cari kedai baiki kereta. Ni semua sebab ETC yang tetiba je rosak atas highway, gelabah biawak jugak dibuatnya but nasib baik masa nak keluar dari highway dia ok.. kalau tak mau kena bersoal jawab dengan staff kat kaunter tunai nak bayar tol tak boleh..heee.. so terus je cari kedai n baiki wayar yang tetiba putus tu.. Lepas siap je terus terjah ladang epal ni.. besttttt gila baq hang.. apple bergantungan je atas kepala sana sini.. besar2 pulak tuh... 

Bayaran masuk sorang hanya 500yen dan boleh makan banyak mana larat nak telan dan tiada had masa. Kalau nak petik bawak balik tambah lagi 1000yen dan isi la banyak mana boleh isi dalam beg hijau yang diberi.. Dapat la isi dalam 6/7 biji sebab apple nya besar2..Ada macam2 jenis apple dalam tu, apple warna kuning pun ada tapi disebabkan `limited edition` hanya ada sepokok tuan tanah tak kasi makan n petik bawak balik. Boleh pandang jela, kalau nak rasa kena beli asing kat kedai dia.  Disebabkan sebelum tu dah makan lunch kenyang, kami hanya boleh makan dua biji apple je kat dalam ladang tu.. lagipun masa tak mengizinkan nak lepak lama2 bawah pokok epal tu sebab kena hadap jam pulak nak naik ke Karuizawa.. 

So layankan la gambar apple ni ye.. gerammmmm tak?? hehehe.. 

apple kuning

No comments:

Post a Comment