Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Akhirnya...

Assalamualaikum..

Dah lama tak jenguk sini, entry pun banyak yang belum masukkan lagi. Malas sungguh la aih akhir2 ni.. Kali ni bukan nak cerita pasal entry yang throwback2 tu tapi pasal benda lain..

So ni kiranya entry khas la kan untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan di masa2 akan datang. 

Al-kisahnya, pada 1 Julai 2014 lepas, aku bukan lagi seorang guru.. Yupp.. sekarang dah jadi bekas guru.. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam tempoh cuti tanpa gaji ikut suami tapi keputusan terbesar dah dibuat dan surat iringan pun dah dihantar ke sekolah n kementerian. Tarikh yang dipilih adalah 1 JULAI. Cuma sekarang masih menunggu surat pengesahan peletakan jawatan dari KPM. 

Walaupun ni keputusan yang besar n agak berat jugak tapi Alhamdullillah dapat restu dari mak ayah. Restu tu yang penting sebab diorang yang dah susah payah hantar aku mengaji sampai university. Tapi nak buat macam mana kan, tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Maka diorang pun dah merestui keputusan aku n suami untuk menetap lebih lama kat jepun ni. 

Kalau ditanya perasaan aku sekarang ni, bercampur baur. Macam2 ada.. Sedih sebab dah letak jawatan, suka sebab tak perlu jauh2 dengan suami. Tapi aku rasa macam lebih banyak ke arah suka jer.. hehe.. Yelah, sapa yang suka duduk jauh2 dengan suami kan, kalau takat dalam Malaysia hujung minggu je jumpa aku tak kisah lagi, ni kena merentas lautan 2,3 bulan sekali baru boleh jumpa tu pun kalau masih panjang umur n jodohnya. 

So aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. Biarlah orang nak kata `eh, rugi la letak jawatan dengan kerajaan` bagi aku , aku dah cukup bahagia dah macam ni.. Kerja macam2 boleh buat lagi lepas ni bila balik malaysia. Tak nak kerja pun suami aku tak kisah. Hehe..

Dah tu je yang aku nak luahkan di sini n untuk dijadikan sebagai kenangan aku yang dulu aku pernah jadi seorang guru n tarikh bila aku lepas jawatan aku. 

K, Bai.. 

Owh.. lupa nak wish.. SELAMAT BERPUASA!! =)

Thursday, February 20, 2014

Album Kompilasi `YUKI` 2014

Salam selasa.. 

Tajuk entry tak menahan sangat kan... macam penyanyi pulak nak ada album2 kompilasi bagai nih.. hehe.. 

Entry ni sebenarnya nak cerita pasal 雪/yuki/snow/salji *nah amik 3 bahasa aku bagi* yang turun kat Sano-shi *tempat tinggal cek la ni* untuk sepanjang sesi winter 2013/2014 ni.. Tempat cek ni bukan jenis turun snow hari2.. dalam satu musim tu ada la dalam 3,4 kali je.. tu pun sikit2 je tak tebal mana.. TAPIIIII kali ni memang sangat lebat n tebal snow yang turun.. 

Dalam 20 tahun kot tak silap area Kanto tak pernah turun snow sebanyak kali ni..kat tempat cek ni lepas 24jam dia turun tinggi snow tu dalam 15-20cm jugak laa.. kalau pijak mau tenggelam kaki paras betis jugak.. Dulu pernah berangan2 la nak duduk kat tempat yang hari2 turun snow tapi bila dah dapat satu hari yang tebal gitu stress jugak rasanya.. insaf dah tak mau berangan nak duduk kat sana, kat tempat sekarang dah cukup bagus.. hehe 




Monday, October 28, 2013

Preparation ~

Hari rabu ni birthday buah hati kesayangan hamba. Ecewahhhh~~ 

Dia request nak kek yang aku buat sendiri tapi macam biasa la aku ni bab2 nak bakar kek ke apa ni tangan keras macam apa lagi. Nanti sure kek aku dalam oven cantik je dia naik bila keluarkan terus jatuh ranap. Kena gi menuntut dulu ni.. Hihihi~ 

So kali ni cadang2 nye nak buat strawberry cheesecake lah. Harap2 jadi la kek aku. Aminnnn ya robb.. 

Barang2 pun dah beli ~ kat 100yen shop je. Hahahahah.. Ok, tak sabar nak deco2 cake nanti walaupun xtau jadi ke x kek aku tu. Ngee~ 




Monday, December 10, 2012

Tadaima!!

Assalamualaikum...

Tadaima!!... Baru sampai nihon semalam... so baru la buka blog yang dah bersawang nih.. Samuii/sejuk gila sekarang... Kulit dah mula kering dan mengelupas... Sangat2 la tak suka.. T___T 

Semangat nak berblog masih belum ada... tunggu la dua tiga hari lagi ye cik blog... =)

Thursday, October 18, 2012

Samuii

Samuiiiiii...

Fuhh.. hari ni sejuk bangat... menusuk2 hingga ke tulang sumsum *sebut pasal tulang sumsum sedap nih sejuk2 pekena sup tulang sumsum*.. huihui.. 

Harini pulak hujan dari semalam hingga la sekarang ni, so bertambah2 la samuii /sejuk . Kaki dah berstokin macam orang baru lepas pantang, badan dah berbalut dengan pashmina.. ni semua gara2 masih degil tak nak guna danbou / heater. hikhik.. 

Bila dah sejuk2 gini, penyakit M makin bermaharajalela dan asyik lapar je.. aduihhh.. hasrat hati nak kurus, tapi perut asyik mintak di isi.. bila dah isi kasi kenyang, mata pulak makin lama makin berat... pas makan dapat tido memang terbaikkkkk lahhhh!! 

Jya, tuan puteri nak gi beradu jap.. Futon empuk dah memanggil2 dah tu.. hikhikhik.. 


* yeayyy.. lagi 8 hari nak balik Malaysia.. hihi

Thursday, September 27, 2012

Argghh.. Tension!!

Argggghhhh!!.. Tension betul la bila cuaca dah mula sejuk ni.. Bila dah sejuk, mandi pun dah tak boleh nak guna air sejuk, nanti beku dalam bilik air terketar2 tak boleh nak keluar so mandi la guna air suam2 kuku yang sedap2 rasa tu.. tapiiiiiii yang TAK BESTnya kulit dah mula kering *esp kat muka*.. sobbss.. sobbbssss.. 

Walaupun cuaca takde la sejuk sangat lagi tapi air paip kat sini memang sejuk, bila kena badan je terus terketar2.. siang2 aku memang malas nak mandi pagi2, aku mandi tengahari sikit *kantoi sudah tak mandi awal2 pagi*.. hehe.. Malam2 pulak kalau mandi kena on water heater tapi kat sini water heater dia lain sikit, guna gas untuk panaskan air *bil gas memang akan melambung bila masuk winter nanti*.. so bila dah kerap2 mandi air suam2 tu kulit cepat kering n mengelupas.. sekarang pun dah mula jadi kering nih.. sangat2 tak selesa ok.. rasa kesat je pastu memang dah mula mengelupas n pipi dah merah2 sekarang ni.. huahuahua.. 

* nak kena pi cari body butter dah nih.. winter nanti satu badan akan mengelupas.. Tak suka!!.. Tak suka !!.. Tak suka!!

Wednesday, September 26, 2012

Gara-gara Spaghetti

Gara-gara spaghetti aku muntah hijau...Kenapa??.. begini kisahnya.. *cer baca cite ni sampai habis*.. 

Semalam aku dengan hubby dinner kat luar, konon2 hajat hati nak makan spaghetti so hubby aku bawak la kat satu restaurant italian ni, nama dia Italian Restaurant Gran Chef kat Kiryu, Gunma. Ni tempat di mana hubby selalu lepak makan2 spaghetti bersama kawan2 n sempai2 masa zaman study dulu... Tak dinafikan spaghetti nya memang sedap.. tapi apa yang buat aku sampai muntah hijau??.. *sure tertanya2 kan*..hehe

Yang buat aku boleh muntah hijau tu sebab spaghettinya banyak gila.. aku order spaghetti saiz M, hubby pulak saiz L.. hubby aku cakap dulu memang xbanyak pun, so dia pun semangat la order saiz L sebab ada pun dua saiz je, M & L.. Sekali sampai kat meja nahhhh amikkk kauuu... satu pinggan penuh.. tak de beza pun saiz M dengan L, dua2 sama banyak... *aku rasa satu pinggan tu 3/4 bungkus spaghetti kot dia rebus*

Bila dah order, terpaksa la makan sampai habis jugak sebab orang jepun kalau makan tak habis dia anggap kita cakap dia masak tak sedap.. nak tapau memang tak bole la.. *kalau kat malaysia aku dah suruh tapau kot*..haha

So aku terpaksa juga telan semua sampai habis.. *tu pun ada kasi sikit kat hubby suruh habiskan*.. perut memang tak payah cakap la, penuh n rasa sebu je.. *nasib baik tak order pizza sekali, kalau tak mau pengsan kat situ jugak*.. 

Dah habis makan, cepat2 ajak hubby balik rumah.. jarak rumah dengan kedai tu sejam jugak la, so sejam jugak la aku tahan apa yang nak terkeluar tu.. sampai2 je rumah apa lagi, terus lari masuk bilik air keluarkan semuanya balik... sakit urat usus aku bila muntah gitu... Tobat dah pasni tak nak dah makan spaghetti kat kedai yang banyak gitu.. hihi.. 

Banyak giler kan?.. takde beza pun saiz M & L
Sebelum aksi muntah hijau, muka ceria la lagi, lepas aksi tu
dah macam tenuk je..hahah
P/s : aku rasa spaghetti tu banyak sebab kami gi time kedai dah nak tutup n dah takde orang time tu, so diaorang nak habiskan stok so taruk banyak2 kat order kami ni... =)

Saturday, September 22, 2012

Bye Bye Natsu, Welcome Aki

Selamat bercuti di hujung minggu...

Hari ni dah mula rasa sejuk sedap2 kat luar tu.. 2,3 hari ni pulak asyik hujan je, tu tandanya dah nak beralih musim la.. hari ni dah mula sejuk, suhu pun dah bawah 30C, tandanya dah masuk 秋 / aki / musim luruh dah la.. so bye bye la kepada 夏 / natsu / musim panas.. Tahun ni panas sungguh la, suhu siap cecah 38 - 39 degree... *neraka lagi panas kot.. *.. =)

Aki adalah favourite season aku la.. tak lama lagi bole tengok daun warna merah, kuning , oren.. hehe,.. tapi hujung bulan 10 ni dah nak balik cuti2 malaysia sampai bulan 12, so kena la mulakan pencarian daun warna2 tu lebih awal, harap2 awal sikit la dia tukar warna.. hihi.. 

OK, tu je nak bebel untuk hari ni, nak siap2 kuar jalan2.. sejuk2 sedap ni best kalau jalan2 kat luar.. hehe.. Daaa.. =)


Friday, September 21, 2012

Gila Gadget

Ohayoooo!!
Pagi2 lagi dah buka cerita pasal gila.. hahah.. tapi jangan risau, bukan gila yang baru terlepas dari hospital bahagia / tanjung rambutan tu... ni tentang gila GADGET.. 

Aku tiap2 pagi pukul 7 - 8 mesti tengok tv n selalunya tentang berita jela pagi2 ni kan.. sementara dok siap2kan hubby aku yang nak gi keje tu selalu la layan rancangan berita pagi yang best macam ZIP n SUKKIRI kat 日本テレビ (salah satu channel yang best jgk la kt nihon ni).. Berita pagi ni yang best off course la pasal Iphone 5 yang mula jual kat jepun pada hari ni...

So apa kaitan iphone 5 dengan gila?.. haa.. mai sini cek nak cerita kat hampa.. 
Orang jepun ni sangat2 la suka / gilakan gadget2 yang terbaru di pasaran, tak kisah la apa pun, henpon terbaru ke, play station ke, semua diaorang suka lah.. Macam mana nak tau depa tu suka tahap `gila`?.. jom tengok gambar kat bawah ni yang aku amik opkos dari tv jela..ngeee.. 

Tepat pukul 8 apple store buka je semua pakat serbu
sanggup beratur hingga setengah kilometer
ni lagi best, siap berkhemah dari 18hb yang lepas..
orang pertama la ni yang tunggu depan apple store kat ginza
sejak dari 18hb yang lepas.. 
So dari gambar2 di atas tu korang tau la kan tahap kegilaan depa pada gadget ni macam mana.. hehe.. sanggup beratur tak kira panas @ hujan @ sejuk . siap ada yang berkhemah sejak 18hb 9 yang lepas lagi depan Apple Store kat Ginza tu semata2 nak jadi yang pertama masuk n dapatkan iphone tu.. * ishhh tak sanggup cek nak beratur gitu*.. haha
 
Dah, cukup sampai disini saja laporan tentang iphone 5 kat jepun nih.. kat malaysia bila ada kat pasaran ek?.. hujung minggu ni nak ajak hubby ke Softbank untuk risik2 pasal iphone 5.. *ada hati nak pakai iphone 5 jugak tu*... ngeeee.. =)

Thursday, September 20, 2012

Yeayyyy!!.. Kembali kepada ASAL

Yeayy!!.. akhirnya blog dah boleh kembali kepada asal guna templat begini.. Entri dah tak jadik double lagi dah sebabnya aku dah export n import blog ni kepada yang baru, n blog lama dah delete.. so kalau tengok balik semua nampak sama yang bezanya bahagian Followers tu dah takde yang follow sebab dah hilang.. huhu.. So pada yang singgah BW blog aku ni, harap sudi2 la follow i ye.. tak nak follow pun takpe, takdak paksaan... hehe

Free Gift


Semalam ke 7 Eleven depan rumah ni untuk beli satu majalah. Nama majalah tu Sweet. Apa yang bestnya majalah ni ek?.. bukan reti baca pun bahasa jepun tu.. sekadar tengok gambar bole la kan.. Sebenarnya yang bestnya majalah tu sebab dia kasi FREE GIFT Coach Case warna merah ang ang orang kedah cakap.. comel aje.. dalam case tu siap ada free buku nota n sticker Coach.. so best tak?..best tak??.. heheh

Aku sebenarnya tak tahu pun pasal majalah2 fashion kat jepun ni selalu kasi free gift gini.. Maklumla, tak tahu baca so buat apa nak gi belek2 majalah2 tu kan.. tapi sebab ternampak Kak Ayu beli majalah ni n dapat free gift gini, sapa tak tertarik kan.. hehe.. terpaksa la merengek2 mengorat laki aku mintak kebenaran beli majalah2 gitu semata2 nak free gift tu je.. hahah.. bacanya memang tak la, setakat tengok gambar fashion2 terkini untuk autumn sekarang ni je.. Nasib baik harga pun tak mahal mana, sekadar 690yen je sebuah *tapi tebal gila kot, saiz dia dua kali ganda majalah Pengantin kat malaysia tu*.. 

So lepas ni bole la mintak kat laki aku untuk beli majalah lain pulak sebab semalam tertengok macam2 adiah ada dalam majalah yang lain2.. contoh macam free beg kecik JillStuart, bag hanger   Coach, bag Disney dan lain2 lagi la.. *sure dia bising dulu sebab bagi dia menyemak aje benda2 gitu sebab bukan reti baca pun... hahaha* 


* tengah menderita sakit leher gara2 salah tidur semalam.. ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan semua rasa sakit.. rasa macam nak tanggalkan kepala je sampai rasa sakit tu hilang.. * eh, eh satgi jadi hantu penanggal susah pulak*.. hihi

Monday, September 17, 2012

Gara-gara kopi susu

Haisssshh.. Dah pukul 2 pagi kot mata ni tak boleh nak pejam2 lagi.. Ni semua gara-gara kopi susu punya pasal la ni.. *salahkan kopi pulak*..

Serious sejak akhir-akhir ni aku dengan hubby addicted pada kopi susu.. Beli kopi o yang siap jual dalam kotak pastu tambah freshmilk memang rasanya kaw2 sungguh... Tapi aku tengok hubby aku tidor camtu jugak, tak da effect pun.. Hahaha.. Aku ni memang sejak zaman study gini, pantang minum kopi susah nak tidor pastu asyik rasa nak terkucil aje.. Hihi.. Tapi tak pe la, tu zaman study memang saja minum kopi untuk stay up study sampai tengah malam.. Ni bukan lagi zaman study, esok pagi kena bangun awal buat bentou/bekal untuk en suami.. Haiyaaa!!.. Mata cepat2 la pejam, hujan2 pulak ni, sedap kalau dapat tidooo..

Tapi sejak dah kawin ni, minum kopi je mesti perut rasa berangin.. Haishhh.. Tanda dah tak bole minum kopi lagi kah??.. *tak best betul sebab kembung perut rasa sangat2 tak selesa lorrr*

*tengah dok kira kambing...1 ekor kambing, 2 ekor kambing, 3 ekor kambing... Bila nak abih ni? (。-_-。)

Friday, September 14, 2012

Betul-betul tak suka!!

Seriously aku betul2 tak suka dengan layout blog yang macam ni...
Tapi nak buat lagu mana lagi dah, terpaksa jugak guna layout ni sebab gini aje ruangan catatan aku tak jadi double..
Kalau guna layout lain nanti terpaksa pulak baca entri yang sama dua kali.. 
HUHUHUHU..
Tak suka!!.. Tak suka!!.. Tak suka!!

Monday, September 3, 2012

Anak Sedara Baru

30 Ogos lepas dapat anak sedara baru... so dah ada dua anak sedara setakat ni, dua2 perempuan.. Sebab lahir 30 Ogos so kira baby ambang merdeka la ni kan.. hehe.. Nama dia Nur Azzahraa... Berat masa lahir 3.56kg, kuss semangat betul kan.. *kakak dia dulu 3.2 kg kot*.. 

So sekarang sangat2 la rasa tak sabar nak balik malaysia tengok baby baru ni... Nasib baik balik nanti stay kat malaysia sebulan lebih so sempat la main puas2 dgn Azzahraa n kakak dia jugak, Ain.. Rindu dekat ain jugak, rindu nak dengar celoteh dia n suara dia yang kuat tu, sebatu ble dengar kalau dia bercakap.. haha.. 

ain dh jadi kakak.. ni masa hari kenduri
aku tahun lepas.. 
baby Azzahraa

p/s : bila nak ada anak sendiri ni... hehe

Friday, August 31, 2012

Merdeka!!..Merdeka!!..Merdeka!!

Hari ni tanggal 31 Ogos 2012 kita meyambut ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-55. So Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan diucapkan kepada semua.. Diharapkan semoga rakyat Malaysia lebih bersatu padu dalam menjamin kesejahteraan negara untuk masa akan datang.. =)

Walaupun ada pepatah melayu mengatakan `Dimana bumi dipijak, Disitu langit dijunjung`, bagi aku Malaysia tetap dihati, pergi la ceruk mana pun, tetap teringat2 n nak balik malaysia.. Betul tak?.. kalau tak sure, cuba try duduk negara orang pastu mesti ada satu perasaan membuak2 nak balik malaysia walaupun bagi korang negara orang tu lagi best dari negara sendiri... Merantau lah kemana saja pun, cari n rasa lah pengalaman banyak mana pun, pengalaman n cara hidup kat malaysia jugak yang paling bestttt!!.. sebabnya ada benda yang tiada kat negara orang tapi ada kat negara kita yang akan buat kita sentiasa rindu2 gitu.. *especially bab2 makanan la*..hehe


Cuma agak sedih bila bangun pagi tadi tengok kat fesbuk ada beberapa gambar yang bagi aku boleh merosakkan n menghancurkan kesejahteraan negara... Rasanya tak perlu la kita cemarkan sambutan kemerdekaan dengan anasir2 luar n politikkan sambutan tersebut... lagi sedih bila ada kumpulan2 tertentu siap buat bendera `malaysia`nya sendiri... rasanya tiada apa yang kurang pada Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan kita rakyat malaysia yang perlu diubah sana sini.. setiap warna dan lambang pada jalur gemilang pun ada maksudnya tersendiri... kalau golongan2 tersebut faham dan menghayati setiap maksud tersebut mungkin tidak akan berlaku perkara macam ni kan... ehmmm.. sedih betul laa.. mungkin golongan2 tu kena hantar masuk sekolah rendah balik belajar Kajian Tempatan kot bab2 warna dan lambang bendera malaysia... kasi masuk sikit dalam otak n kasi ingat baik2.. jangan sampai malaysia dijajah buat kali kedua n rakyatnya merempat ditanah sendiri baru nak tersedar tindakan kita sekarang adalah suatu yang salah... =(

p/s : Sori termelalut n terluah perasaan pulak... tapi cek betul2 sedihhhhh... 

Tuesday, August 28, 2012

Dapat Adik Ipar Baru

Jumaat lepas berlangsungnya majlis pernikahan adik perempuan aku yang no 3... Sedih betul tak dapat nak menyaksikan majlis pernikahan diaorang tapi InsyaAllah kenduri bulan 12 nanti dapat la tengok sebab aku balik malaysia sebulan.. hehe.. Kenduri bulan 12 nanti akan berlangsung dengan meriah sebab 2 adik aku kenduri sekali, yang no 4 insyaallah nikah pada 30 nov nanti.. *Tak sabar nak tunggu bulan 10 nak balik cuti2 Malaysia*..hehe 

my sis...
adik ipar baru.. lon nama panggilannya.. hehe
p/s : Photo credit to my cousin... yani.. 

Saturday, August 25, 2012

~ Home Sweet Home ~

Ni entri yang takde keje.. hehe.. Ni la rumah aku kat jepun ni.. Kecik je tak le besar macam rumah2 kat malaysia nun.. Act rumah aku ada satu ruang tamu, 2 bilik, toilet+bilik air, n dapur yang comel.. *yang boleh ditunjuk kat sini ruang tamu n dapur jela k, bilik2 tu privacy sikit.. hehhe *

Walaupun nampak kecik je ruang tu, bagi aku luas la jugak sebab barang tak banyak..lagi pun rumah jepun ni ada ruang almari sorok2 macam dalam cite doraemon tu, so tak payah nak beli perabot / almari simpan barang yang hanya akan menyempitkan ruang.. semua barang boleh disumbat simpan dalam tu.. senang kan?.. *dah berangan2 dgn mr.hubby balik malaysia nak buat rumah macam konsep jepun..hihi.* 
Ruang dapur memang kecik n sempit, kawasan tu hanya selesa untuk sorang je wat aktiviti masak memasak, kalau dua orang nanti berlaga kau aku.. haha.. sebab tu time masak aku tak berapa suka hubby datang menyibuk or mengendap aku masak apa..  nak suruh dia tolong apa2 lagi la, memenuhkan ruang je..haha.. Act memang kebanyakan rumah jepun dapurnya comel2 belaka.. 

Rumah aku ni rumah syarikat tempat hubby kerja, so memang semua jiran2 orang jepun n kawan2 tempat kerja dia jugak cuma lain department je.. so kadar sewa pun sangat2 la murah iaitu sebanyak 14500yen saje @ RM 570.00 sebulan. Kalau nak bandingkan dengan kadar sewa kat kawasan tokyo memang jauh beza la, area tokyo kalau rumah macam aku maunya dalam 80000yen ke atas @ RM 3000 lebih sebulan. Kawasan luar bandar pulak kadar sewa dalam 20000yen - 50000yen untuk sebijik rumah *bergantung pada jenis rumah*.. Memang bersyukur sangat2 la dapat rumah syarikat ni, boleh la berjimat sikit untuk kegunaan jalan2 ronda jepun..hehe

Ok, tu je nak cerita. . Jya, mata ne.. 

P/s : Ni hanya sekadar catatan kenangan aku untuk masa depan.. =)




Tuesday, August 7, 2012

Bakal ditinggalkan??

Bakal ditinggalkan??
Siapa??.. Siapa??

Ceh.. buat2 tanya lagi... sapa lagi kalau bukan aku yang nak kena tinggal... kena tinggal masa hari raya kedua pulak tu... Waaa.. sedihhhh.. sobbb..sobbb.. * sambil lap ayaq mata*

Hubby kena outstation ke Thailand selama 6 hari bermula 20 hingga 25 Ogos ni.. Hari raya ke-2 pulak tu *kalau raya 19hb la*..

Buatnya penyimpan mohor besar raja2 yang tiap2 tahun muka pakcik yang sama tu cakap raya jatuh 20hb ni, maunya aku nangis guling2.. Cek tak mau raya kat jepun ni sorang2.. Dah la ketupat, rendang, serunding, semua tak dak.... Sedihhhh ooo.... =(

Lesen memandu kat jepun ni pun dah la tak dak lagi, kalau ada tu boleh jugak merempit gi merempat beraya dengan adik2 dari Gunma University... Haihhh.. Lagi 2 minggu nak kena tinggal hati aku dah tak senang duduk.... Kalau esoknye nak kena tinggal mau macam cacing kepanasan dah nih... hahah

Wednesday, August 1, 2012

Eh..Eh.. Dah setahun??

Sedar tak sedar hari ni dah 1 Ogos 2012.. 
Kejap je masa berlalu meninggalkan kita kan...
Hari ni genap setahun aku bercuti tanpa gaji ikut suami ke Jepun nih..
Rasa macam baru semalam je aku tinggalkan sekolah kat Batu Caves tu *eh, rindu sekolah ke cik mimi*...hehe

hari2 terakhir disekolah dengan teman yang sgt baik, Kak azwa.
13 Ogos 2012 ni pulak cukup setahun aku duduk menetap kat bumi sakura nih.. Dah macam2 benda yang aku belajar tentang masyarakat yang sangat sukakan sushi n sangat payah nak menggunakan bahasa luar selain bahasa ibundanya sendiri ni.. 
Yang mana yang baik, boleh la dijadikan teladan dan panduan, yang mana yang buruk harap dapat dihindarkan.. =)


Dan lagi 2 bulan lebih aku nak balik cuti2 kt malaysia *balik cuti seminggu je pun*... Yippieyyy!!..tak sabar rasanya nak balik jumpa mak, ayah, adik2 n makan makanan2 yang best2 tu.. dah buat senarai ni nak makan apa..haha

Monday, July 23, 2012

Surat Mohon Maaf


Hari Khamis lepas aku ada terima barang iaitu barang yang aku pesan untuk customer Sakura Baby. Customer aku pesan baju Pingu warna hitam dan aku pun memang isi form yang betul pesan warna hitam tapi bila sampai kat aku bendanya lain, Pinga warna kelabu. Aku suruh hubby call kedai cakap pesanan yang dihantar tu silap.

So terpaksa la diaorang hantar semula barang yang betul n mintak aku pulangkan semula barang yang salah tetapi kos penghantaran dan pemulangan semula ni semua diaorang yang tanggung...
Maka semalam sampai la barang yang betul seperti dalam gambar. Selain barang tersebut terselit satu surat bertulis tangan dari Ketua Stor. Hubby aku cakap *dia tolong translate untuk aku* ketua stor tu mintak maaf atas kecuaian semasa hantar barang hari tu. Dia mohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan semestinya selepas ni akan tingkatkan mutu servis dia. Fuhhh.. sampai gitu sekali dia mohon maaf... *kagum seminit*..

Tu la konsep berniaga or sikap orang jepun. Jika buat silap, harus mintak maaf tambah2 kalau melibatkan customer / mutu perkhidmatan. Bagi diaorang, pelanggan harus diutamakan, n apa2 yang di amanahkan memang wajib di buat sehabis baik.. Pengalaman begini pernah aku lalui kalau makan kat kedai jepun.. kalau silap pesanan, cepat2 dia datang mintak maaf sampai naik lenguh aku nak menunduk2 sampai dia puas ati pelanggan dapat maafkan dia.. *kalau orang kita rasanya siap bergaduh kot tak nak mengaku salah*.. hehe

Catatan ni bukan niat aku nak cakap orang kita tak amanah or tak reti nak mintak maaf, tapi sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri jugak. Sebabnya aku nampak banyak bezanya mutu perkhidmatan orang kita dengan orang jepun ni. 

Orang jepun kalau buka kedai n ada customer masuk, setiap pekerja akan menyambut pelanggan dengan perkataan いらっしゃいませ/Selamat datang n bila customer keluar walaupun tak beli apa2 dia tetap ucap ありがとう ございました / Terima kasih. Layanan dalam kedai tak usah cerita, kalau ada apa2 yang kita tanya dia jawab dengan baik walaupun kedai tu hanyalah kedai kecik tepi jalan sekalipun. Berbeza dengan orang kita kalau berniaga kat pusat beli belah mungkin dah diamalkan konsep begini, tapi kalau kedai runcit??.. belum pernah kot aku jumpa.. orang keluar masuk pun tak diendahkan. 

Tu baru bab berniaga, belum masuk bab perkhidmatan yang lain seperti perkhidmatan kat kaunter. Bukan aku nak kutuk masyarakat kita sendiri tetapi bila duduk di negara orang dan tengok cara layanan mereka , buat aku rasa masyarakat kita perlu berubah kalau nak maju. Kaunter kita tak kirala la kat mana pun, bank ke, pejabat pos ke, klinik ke, or apa2 jela, siap ditampal sticker kempen `Berikan senyuman` dan `Ucapkan terima kasih` tapiiiii kerani yang bertugas payah sekali nak senyum n ucap terima kasih, muka pulak masam mencuka... Bila ditanya, kena marah balik *aku cakap berdasarkan pengalaman*.... So macam mana kita nak maju kalau begini cara kita layan customer??... betul tak??.. 

Ok, dah tak nak bebel panjang2..hehe.. catatan ni hanyalah luahan rasa berdasarkan pengalaman. Kalau negara kita nak maju, mentaliti rakyat perlu berubah... =)