Salam khamis cik blog..
Kisah yang terperap dalam folder lagi kali ni..
Entry kali ni tentang trip ke Hiroshima & Yamaguchi masa cuti summer lepas raya yang lalu. Akhirnya dapat jugak sampai ke Hiroshima tempat yang kena bom atom tahun 1945 dulu. Macam biasa pergi encik suami yang drive n disebabkan jarak perjalanan yang jauh dalam 900km jugak so amik masa dalam satu hari jugak la nak sampai *sebab asyik berenti tido n makan* hehehe..
Yang malangnya kami silap percaturan sebab terjah ke sana pada waktu summer.. panassssss n hangattttt yang amat lah.. 40`C kot time tu.. memang rasa sangat2 tak selesa nak berjalan ke sana sini sebab terlalu panas sampai rasa sakit kepala n muka pun pedih2 kena bahang cahaya mentari waktu tu.. tapi nak buat macam mana kan, dah sampai kena la jugak terjah tempat2 menarik kat situ..
Antara tempat yang sempat kami singgah di Hiroshima ialah Hiroshima Genbaku Dome, Hiroshima Downtown dan Hiroshima Castle. Miyajima tempat yang femes kat sana tak sempat nak jejak kaki sebab jalan jem malas nak buang masa. Di Hiroshima Genbaku Dome dapat lah lihat kesan tinggalan bangunan yang terkena bom atom dulu2 tu. Di Hiroshima Downtown ada banyak deretan kedai2 yang jual macam2 jenis barang. Dan di Hiroshima Castle macam biasa lah tinggalan istana lama yang dah jadi muzium.. hehe















Dah habis pusing2 Hiroshima kami gerak ke Yamaguchi-ken, wilayah sebelah hiroshima tapi kat situ sempat singgah ke Iwakuni-shi saja sebab masa dah tak cukup nak gerak balik ke Tochigi pulak lepas tu.. Kat Iwakuni ni terkenal dengan Kintaikyou Bridge jambatan yang agak unik seni binaannya. Tiket pun agak murah 930yen je seorang untuk naik jambatan, naik ropeway(cable car) dan masuk ke Iwakuni Castle. Memang letih jugak la nak memanjat jambatan yang banyak anak2 tangga, berjalan kaki untuk ke tempat naik cable car n bila dah sampai kat atas terpaksa menapak naik bukit sikit 300m untuk ke Iwakuni Castle yang jauh nun di atas bukit sana.. dah la panas memang menguji tahap kesabaran betul. hihihi
Itu je catatan untuk kali ni.. Kbai ~