Monday, May 28, 2012

Umeda

Semalam aku dengan hubby ke Umeda, Kiryu.. kat situ ada sungai n air terjun yang sangat cantik... bila tengok air yang jernih tu mula la rasa macam nak terjun je mandi sungai tu tapi sebab airnya terlalu sejuk, rendam kaki je la 4,5 saat.. tu pun dah rasa macam nak beku je kaki tu.. hehe.. tunggu nanti dah masuk summer bila suhu dah cecah 38 degree celcius ke atas boleh la terjun sungai tu untuk sejukkan badan.. hiihi.. 
So semalam kami just picnic makan kebab n ais krim yang dibeli masa on the way ke umeda tu jela... tu pun dah rasa best.. lagi best kalau buat BBQ kat situ kan... hehe.. tak pe lepas ni program BBQ pulak la ye.. hehe.. lepas lepak kat umeda singgah pulak kat Matsudagawa Dam.. ada la 2,3 orang jepun tengah memancing kat situ... 


Monday, May 21, 2012

バラ祭り & Gerhana Matahari

Pagi tadi berlaku gerhana matahari around 7.30 am... tapi sayangnya tak dapat nak tengok secara live kat luar sebab takde cermin mata khas untuk tengok gerhana tu... so tengok siaran tv je la yang buat liputan pasal gerhana tadi... Sedih kan??.. ntah bila boleh tengok lagi pun tak tau la.. 
gambar dari tv je.. hehe
Ok tu pasal gerhana matahari pagi tadi, sekarang nak cerita pulak pasal バラ祭り @ Rose Festival yang berlangsung dari 19/5 sampai 10/6 di Shikishima Koen, Maebashi... aku dengan hubby kerjanya berjalan je hujung2 minggu kan, so tersampai la aku kat shikishima koen.. tengok2 ada festival tu, so sebab free main masuk je la.. hehe.. tapi sebab baru je ada, ros2nya belum kembang sepenuhnya lagi.. kalau pergi minggu depan mesti lagi cantik bila semua ros tu kembang..hehe.. ni aku ada ambik gambar ros yang dah kembang..
Cantik tak??... rasa geram macam nak angkut bawak balik rumah je.. hahah



Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Hari ni 16 Mei 2012, pastinya hari yang ditunggu2 oleh semua guru kan??..(termasuk aku la tu..hehe)...  Sebabnya hari ni mesti semua cikgu cikgi akan dapat ucapan2 n hadiah2 comel dari anak-anak muridnya... Best woo bila students datang wish selamat hari guru n ucap terima kasih... terasa segala penat lelah mengajar tu dihargai walaupun kadang2 selalu jugak marah2 dalam kelas terutama pada budak2 yang nakal tu.. lagi bermakna ucapan tu bila budak nakal tu la yang bagi ucapan n kadang2 siap dengan hadiah comel2.. hehe.. 
Tahun ni nampaknya tak berkesempatan la untuk aku sambut hari guru kat sekolah, maybe 2 tahun lagi pun terpaksa wish untuk diri sendiri jugak.. hahah.. Dah terbayang2 dah keriangan sambutan hari guru kat sekolah, siap dengan nyanyian2 sumbang guru2 menyanyikan lagu `Guru Malaysia` , ada sukaneka, ada persembahan dari murid2 n ada jugak persembahan khas dari guru2... Memang hari ni adalah hari untuk cikgu2 enjoy n lupakan sekejap segala tension yang ada.. hehhe.. Wahhhh.. bestnyaaaaaa... sedih pulak tak boleh sambut hari guru ni... (T__T)
So, pada semua guru diluar sana, SELAMAT HARI GURU buat semua... semoga tugas yang diamanahkan kepada kita dapat kita laksanakan dengan baik... 
koleksi hadiah tahun lepas... tahun ni??... ehmm.. 
dapat title guru top.. apa yang top pun xtau la.. haha
p/s : title tu students yang vote... ntah apa yang top bg diaorang pun xtau la... haha... tahun ni dah tak de la hadiah2 cute tu semua.. cedih2.. sob..sob..


Monday, May 14, 2012

Gundam

Actually, semalam ada gathering bekas-bekas pelajar universiti gunma tempat hubby study dulu.. gathering buat kat taman tepi laut di Odaiba... best jugak dapat jumpa n kenal2 dengan isteri2 senpai (senior) hubby dulu... ada yang memang dah kenal pun... hehe.. masing-masing bawak bento (bekal) n makan ramai2.. aku sempat buat kuih ketayap je... hihii.. 
Lepas dah puas melepak, makan n sembang2 hampir 6 jam kat taman tu, kitaorang gerak ke Diver City Tokyo Plaza... Tempat tu baru je buka n ada gundam besar yang boleh bergerak2 5 kali sehari... Waktu gi tengok tu bukan masa untuk show gundam tu so terlepas la peluang nak tengok gundam besar tu bergerak.. rugi.. rugi.. huhu.. Tak pe, pasni kalau ada kesempatan lagi, nak terjah lagi n tunggu show gundam tu.. hehe... Nak tengok gambar gundam yang besar tu??... 
besar tak??
lagi cantik kalau dah malam, ada simbahan cahaya lampu2

p/s : besar kan gundam tu.... hehe

Thursday, May 10, 2012

Hujan Batu

 Pepatah melayu ada berkata ` hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ` kan??... tapi sepanjang aku hidup 26 tahun kat malaysia tak pernah lagi aku tengok hujan batu turun.. hujan emas lagi la kan, kalau turun kayoooo den.. haha... but tengahari tadi kat Sano ni, turun hujan batu... ni first time aku tengok macam mana dia turun... besar2 jugak la, bila kena tingkap bunyi kuat sungguh... kalau kena kepala sakit jugak kot.. hehe... dalam setengah jam jugak la turun tadi... dalam takut2 pun aku berani jugak duduk tepi tingkap amik gambar.. hehe.. bila dah reda kat balkoni bersepah dengan ketulan ais... kat atas jalan jangan cerita la, kereta lalu pun bawak slow2 je sb banyak sangat... but lepas hujan biasa turun, semua dah cair balik.. hihi
ketulan hujan batu yang aku kutip kat balkoni
atas bumbung rumah jiran
kat atas jalan

Tuesday, May 8, 2012

Tulips

Hari ni entry pasal tulips pulak ye... lepas balik dari Osaka, terus ke Hitachinaka Seaside Park kat Ibaraki... Kak Ayu dari Oyama yang kenalkan tempat ni (thanks kak ayu)... memang cantik tulips2 kat situ disusun pelbagai warna... rasa macam nak guling2 je atas tulips tu..haha.. 
Waktu gi tu hujan dah turun renyai2... tapi memikirkan hari esok n lusanya pun akan hujan n risau kelopak tulips gugur kena hujan, kitaorang redah jugak sebab hujan rintik2 je... hehe.. semangat kan??.. hihi
Selain tulips ada jugak nemophila , bunga warna biru yang ditanam banyak2 atas bukit... nampak macam lautan biru je... pun rasa nak guling2 turun bukit macam dalam cerita hindustan tu.. hehe
Jom tengok gambar tulips warna warni tu k..