Showing posts with label yuki. Show all posts
Showing posts with label yuki. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

Album Kompilasi `YUKI` 2014

Salam selasa.. 

Tajuk entry tak menahan sangat kan... macam penyanyi pulak nak ada album2 kompilasi bagai nih.. hehe.. 

Entry ni sebenarnya nak cerita pasal 雪/yuki/snow/salji *nah amik 3 bahasa aku bagi* yang turun kat Sano-shi *tempat tinggal cek la ni* untuk sepanjang sesi winter 2013/2014 ni.. Tempat cek ni bukan jenis turun snow hari2.. dalam satu musim tu ada la dalam 3,4 kali je.. tu pun sikit2 je tak tebal mana.. TAPIIIII kali ni memang sangat lebat n tebal snow yang turun.. 

Dalam 20 tahun kot tak silap area Kanto tak pernah turun snow sebanyak kali ni..kat tempat cek ni lepas 24jam dia turun tinggi snow tu dalam 15-20cm jugak laa.. kalau pijak mau tenggelam kaki paras betis jugak.. Dulu pernah berangan2 la nak duduk kat tempat yang hari2 turun snow tapi bila dah dapat satu hari yang tebal gitu stress jugak rasanya.. insaf dah tak mau berangan nak duduk kat sana, kat tempat sekarang dah cukup bagus.. hehe 




Monday, January 27, 2014

Ichigo + Yuki

Assalamualaikum..

Entry kali ni masih lagi dalam sesi throwback gara2 malas betul nak mengarang aritu..hihi..

Seminggu lepas balik dari malaysia aritu mula balik la siri jalan2 mr & mrs ramli ni.. maklumlah kami ni pantang hujung minggu duduk diam2 dalam rumah, sure kaki ni gatal je nak jejak mana2 tempat padahal tempat2 tu dah banyak kali terjah.. disebabkan sekarang dah musim untuk melantak ichigo / strawberry tak hingat doniaaa makanya memang kami terjah la ke shibukawa strawberry farm.. tiap2 tahun pun memang gi situ.. hehe.. harga masuk 1500yen sorang, boleh melantak ichigo sampai kembung perut selama setengah jam.. cicah pulak strawberry tu dengan susu pekat manis memang bertambah kawwwww lahhh dia punya rasa... suwittt2 gituewww.. *oh my BM*  


Lepas dah buncit perut dengan strawberry kami naik ke Mt. Akagi, main2 snow atas tasik yang beku.. macam biasa ramai yang dok memancing atas tasik beku tu.. 

dah tu je nak bebel malam ni.. kbai ~


Monday, January 28, 2013

Main yuki lagi


kumpul yuki nak buat yukidaruma
taraa!!! dah siap..
ready..
go...
Malaih nak taip panjang2.. gambar je cukup.. =)

Monday, January 21, 2013

Hatiku Di Nikko

Assalamualaikum..
Konnichiwa..

Fuhhh.. tajuk entry macam tajuk drama tv..
Ni al-kisah aktiviti jalan2 semalam, lepas bosan seharian memerap kat rumah sepanjang hari sabtu, so hari ahad kita enjoyyy!!

Ni pertama kali naik ke Nikko waktu 冬/winter selama ni selalu terjah sini time 秋/autumn je.. tak de apa yang menarik pun time winter ni melainkan snow jela sana sini, bila berjalan asyik nak tergelincir je n bole la tengok air terjun Kegon Fall yang separuh beku.. Ohh.. Tak lupa jugak 9-11 Februari nanti ada yuki matsuri kat nikko so wajiblah ajak hubby gi tengok nanti..hehe

Dah tu je nak ngomel untuk hari ni.. Daaa ^_^

Tuesday, January 15, 2013

Yuki pertama 2013

Semalam seluruh penduduk kawasan Kantou (daerah Gunma, Tochigi, Saitama, Ibaraki, Tokyo, Chiba n Kanagawa) dapat bermain dengan yuki.. ni kira yuki pertama untuk winter kali ni.. Al-maklumlah kawasan kantou ni agak susah nak tengok yuki turun, kalau kawasan lain di jepun boleh tengok tiap2 hari kot.. *sangat jeles ok dengan penduduk kawasan2 tu*

Aku macam biasa lah jadi penunggu yuki di tepi tingkap.. seronok dapat tengok kapas2 putih turun dari langit *masih jakun lagi okey*.. dan macam biasa hubby akan bising2 cakap sejuk nanti demam la apa la.. adehhh.. memang tak bagi can betul.. kebetulan semalam memang seluruh jepun cuti so hubby aku tak keje kena la dengar syarahan dia tu.hukhuk.. 

Dah agak bosan tengok yuki dari tingkap aku ajak hubby keluar jalan2.. kami ke Akagi cari softcream.. memang kerja gila sebab makan softcream time sejuk2.. menggigil satu badan lepas makan tapi bestttt..haha.. Nak naik ke Akagi terpaksa patah balik coz ada accident so main klik2 gambar sepanjang jalan jela..hajat nak buat yuki daruma / snowman terpaksa pendamkan dulu.. Heee ^_^



Thursday, January 10, 2013

Jalan atas tasik beku.. Ada berani??

Naik Akagi minggu lepas tengok tasik Ohnuma dah beku.. Dah ramai orang datang untuk memancing ala2 macam cerita katun Pingu tu.. buat lubang kecik n pancing la tunggu ikan makan umpan.. macam best sebenarnya teringin nak cuba tapi sebab sejuk sangat pikir banyak kali jugak la kalau nak try pun.. hehe

Best jugak jalan2 atas tasik yang membeku ni tapi masih ada sikit rasa takut2 mana la nak tau kan nasib tak baik buatnya ais retak jatuh la dalam tasik yang dalam n sejuk tu.. *mintak dijauhkan la dari musibah gitu*.. so ni kira pengalaman pertama aku la dapat jalan2 atas tasik beku ni.. ada gaijin lain siap berlari2 main bola lagi..haihh takut sangat bila tengok diaorang main.. haha

Wednesday, February 29, 2012

Mr. & Mrs. Yukidaruma ~ in LOVE ~



Yuki on February 29

Hari ni 29 February 2012... hari terakhir di bulan February n tarikh yang istimewa sebab tahun ni tahun lompat...  Yang lagi best hari ni yuki turun dengan sangat lebat n tebal... agak2 dalam 15 cm jugak la tingginya... Ingatkan dah tak turun yuki dah, Alhamdulillah turun lagi hari ni..heheh... tahap kejakunan masih lagi tinggi sebab bukan senang area Kanto nak turun yuki..hehe.. ni rasanya baru kali ke-4 untuk musim ni..tempat2 lain dah lama turun tiap2 hari pulak tu... nasib la bagi orang2 yang duduk area kanto ni..heheh..  

So bila dah tebal excited la nak main yuki... dengan muka tebal aku turun jugak main sorang2 siap wat yuki daruma lagi..hehe.. sabishii (lonely) gila main sorang2..hahha.. 

comel tak yukidaruma saya??hehe
yukidaruma nak berpayung jugak
yukidaruma n me...
yukidaruma n van houten cocoa
cara baru sejukkan air...hehe