Hari ni tanggal 31 Ogos 2012 kita meyambut ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia yang ke-55. So Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan diucapkan kepada semua.. Diharapkan semoga rakyat Malaysia lebih bersatu padu dalam menjamin kesejahteraan negara untuk masa akan datang.. =)
Walaupun ada pepatah melayu mengatakan `Dimana bumi dipijak, Disitu langit dijunjung`, bagi aku Malaysia tetap dihati, pergi la ceruk mana pun, tetap teringat2 n nak balik malaysia.. Betul tak?.. kalau tak sure, cuba try duduk negara orang pastu mesti ada satu perasaan membuak2 nak balik malaysia walaupun bagi korang negara orang tu lagi best dari negara sendiri... Merantau lah kemana saja pun, cari n rasa lah pengalaman banyak mana pun, pengalaman n cara hidup kat malaysia jugak yang paling bestttt!!.. sebabnya ada benda yang tiada kat negara orang tapi ada kat negara kita yang akan buat kita sentiasa rindu2 gitu.. *especially bab2 makanan la*..hehe
Cuma agak sedih bila bangun pagi tadi tengok kat fesbuk ada beberapa gambar yang bagi aku boleh merosakkan n menghancurkan kesejahteraan negara... Rasanya tak perlu la kita cemarkan sambutan kemerdekaan dengan anasir2 luar n politikkan sambutan tersebut... lagi sedih bila ada kumpulan2 tertentu siap buat bendera `malaysia`nya sendiri... rasanya tiada apa yang kurang pada Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan kita rakyat malaysia yang perlu diubah sana sini.. setiap warna dan lambang pada jalur gemilang pun ada maksudnya tersendiri... kalau golongan2 tersebut faham dan menghayati setiap maksud tersebut mungkin tidak akan berlaku perkara macam ni kan... ehmmm.. sedih betul laa.. mungkin golongan2 tu kena hantar masuk sekolah rendah balik belajar Kajian Tempatan kot bab2 warna dan lambang bendera malaysia... kasi masuk sikit dalam otak n kasi ingat baik2.. jangan sampai malaysia dijajah buat kali kedua n rakyatnya merempat ditanah sendiri baru nak tersedar tindakan kita sekarang adalah suatu yang salah... =(
p/s : Sori termelalut n terluah perasaan pulak... tapi cek betul2 sedihhhhh...

No comments:
Post a Comment