Assalamualaikum..
Dah lama tak jenguk sini, entry pun banyak yang belum masukkan lagi. Malas sungguh la aih akhir2 ni.. Kali ni bukan nak cerita pasal entry yang throwback2 tu tapi pasal benda lain..
So ni kiranya entry khas la kan untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan di masa2 akan datang.
Al-kisahnya, pada 1 Julai 2014 lepas, aku bukan lagi seorang guru.. Yupp.. sekarang dah jadi bekas guru.. Walaupun sekarang ni masih lagi dalam tempoh cuti tanpa gaji ikut suami tapi keputusan terbesar dah dibuat dan surat iringan pun dah dihantar ke sekolah n kementerian. Tarikh yang dipilih adalah 1 JULAI. Cuma sekarang masih menunggu surat pengesahan peletakan jawatan dari KPM.
Walaupun ni keputusan yang besar n agak berat jugak tapi Alhamdullillah dapat restu dari mak ayah. Restu tu yang penting sebab diorang yang dah susah payah hantar aku mengaji sampai university. Tapi nak buat macam mana kan, tempat seorang isteri adalah disisi suaminya. Maka diorang pun dah merestui keputusan aku n suami untuk menetap lebih lama kat jepun ni.
Kalau ditanya perasaan aku sekarang ni, bercampur baur. Macam2 ada.. Sedih sebab dah letak jawatan, suka sebab tak perlu jauh2 dengan suami. Tapi aku rasa macam lebih banyak ke arah suka jer.. hehe.. Yelah, sapa yang suka duduk jauh2 dengan suami kan, kalau takat dalam Malaysia hujung minggu je jumpa aku tak kisah lagi, ni kena merentas lautan 2,3 bulan sekali baru boleh jumpa tu pun kalau masih panjang umur n jodohnya.
So aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. Biarlah orang nak kata `eh, rugi la letak jawatan dengan kerajaan` bagi aku , aku dah cukup bahagia dah macam ni.. Kerja macam2 boleh buat lagi lepas ni bila balik malaysia. Tak nak kerja pun suami aku tak kisah. Hehe..
Dah tu je yang aku nak luahkan di sini n untuk dijadikan sebagai kenangan aku yang dulu aku pernah jadi seorang guru n tarikh bila aku lepas jawatan aku.
K, Bai..
Owh.. lupa nak wish.. SELAMAT BERPUASA!! =)
No comments:
Post a Comment