Wednesday, March 14, 2012

TV Series - Part 1

Hari ni aku nak cerita pasal rancangan tv kegemaran aku kat Nihon ni... 
Salah satu tv series yang aku suka ialah Hirunandesu... rancangan ni dia siarkan tiap2 hari Isnin hingga Jumaat kat 日本テレビ (salah satu channel tv kat jepun) pukul 12.00 tengahari sampai 2.00 petang...
memang tiap2 hari pukul 12 je aku akan tercongok depan tv mengadap rancangan ni walaupun aku tak berapa paham nihonggo..kehkehkeh.. 
rancangan ni best bagi aku sebab pengisian dia pelbagai tiap2 hari...
ada kuiz, ada tunjuk tentang makanan (terliur tengok makanan sedap2..adehh), ada tentang fesyen, dan macam2 lagi laaaa.. 
dia punya pengacara pun best sebab ramai dan lawak2 belaka...walaupun tak berapa paham kadang2 boleh tergelak sorang2 tengok gelagat pengacara dia tu... ekceli, ada juga la benda yang dia cakap tu aku paham tapi sikit2 je la..hhihi.. kena improve nihonggo lagi nih.. owhh..saya malas belajar sorang2..huhu

Hirunandesu

ヒルナンデス!!
antara pengacara rancangan ni
set rancangan ni yang sangat warna-warni
 p/s : seperti biasa, gambar ihsan dari encik google..hihii

No comments:

Post a Comment