Hari Khamis lepas aku ada terima barang iaitu barang yang aku pesan untuk customer Sakura Baby. Customer aku pesan baju Pingu warna hitam dan aku pun memang isi form yang betul pesan warna hitam tapi bila sampai kat aku bendanya lain, Pinga warna kelabu. Aku suruh hubby call kedai cakap pesanan yang dihantar tu silap.
So terpaksa la diaorang hantar semula barang yang betul n mintak aku pulangkan semula barang yang salah tetapi kos penghantaran dan pemulangan semula ni semua diaorang yang tanggung...
Maka semalam sampai la barang yang betul seperti dalam gambar. Selain barang tersebut terselit satu surat bertulis tangan dari Ketua Stor. Hubby aku cakap *dia tolong translate untuk aku* ketua stor tu mintak maaf atas kecuaian semasa hantar barang hari tu. Dia mohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan semestinya selepas ni akan tingkatkan mutu servis dia. Fuhhh.. sampai gitu sekali dia mohon maaf... *kagum seminit*..
Tu la konsep berniaga or sikap orang jepun. Jika buat silap, harus mintak maaf tambah2 kalau melibatkan customer / mutu perkhidmatan. Bagi diaorang, pelanggan harus diutamakan, n apa2 yang di amanahkan memang wajib di buat sehabis baik.. Pengalaman begini pernah aku lalui kalau makan kat kedai jepun.. kalau silap pesanan, cepat2 dia datang mintak maaf sampai naik lenguh aku nak menunduk2 sampai dia puas ati pelanggan dapat maafkan dia.. *kalau orang kita rasanya siap bergaduh kot tak nak mengaku salah*.. hehe
Catatan ni bukan niat aku nak cakap orang kita tak amanah or tak reti nak mintak maaf, tapi sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri jugak. Sebabnya aku nampak banyak bezanya mutu perkhidmatan orang kita dengan orang jepun ni.
Orang jepun kalau buka kedai n ada customer masuk, setiap pekerja akan menyambut pelanggan dengan perkataan いらっしゃいませ/Selamat datang n bila customer keluar walaupun tak beli apa2 dia tetap ucap ありがとう ございました / Terima kasih. Layanan dalam kedai tak usah cerita, kalau ada apa2 yang kita tanya dia jawab dengan baik walaupun kedai tu hanyalah kedai kecik tepi jalan sekalipun. Berbeza dengan orang kita kalau berniaga kat pusat beli belah mungkin dah diamalkan konsep begini, tapi kalau kedai runcit??.. belum pernah kot aku jumpa.. orang keluar masuk pun tak diendahkan.
Tu baru bab berniaga, belum masuk bab perkhidmatan yang lain seperti perkhidmatan kat kaunter. Bukan aku nak kutuk masyarakat kita sendiri tetapi bila duduk di negara orang dan tengok cara layanan mereka , buat aku rasa masyarakat kita perlu berubah kalau nak maju. Kaunter kita tak kirala la kat mana pun, bank ke, pejabat pos ke, klinik ke, or apa2 jela, siap ditampal sticker kempen `Berikan senyuman` dan `Ucapkan terima kasih` tapiiiii kerani yang bertugas payah sekali nak senyum n ucap terima kasih, muka pulak masam mencuka... Bila ditanya, kena marah balik *aku cakap berdasarkan pengalaman*.... So macam mana kita nak maju kalau begini cara kita layan customer??... betul tak??..
Ok, dah tak nak bebel panjang2..hehe.. catatan ni hanyalah luahan rasa berdasarkan pengalaman. Kalau negara kita nak maju, mentaliti rakyat perlu berubah... =)

Org malaysia ni hanya pndg pada pangkat dan darjat. Yg kaya layan baik punya, org biasa endah x endah. Salah org kita jugak yg agungkan sgt org berdarjat nih!
ReplyDeletebetul tu kak as.. mmg jelas ketara beza sikap org kita dgn org jepun ni.. lg satu yg saya perasan, kalau kt sini, boss atau org atasan mmg amik berat org bawahan sbnya kalau org bwh buat silap atau jd apa2 semasa kerja org atas yang akan tanggung semua.. klo msia, boss adalah boss, tau arah je, apa jadi pd org bawah, sendiri jawab.. hehe..
DeleteBudi pekerti kita da makin hilang skg... Kadang2 hangin gak aku... Tambah2 kalo urusan dgn SPP psl pgesahan jawatan... Hek eleh...kerek gila staf yg jwb col tu... Kt tnya elok2 bleh plak jawab kasaq... Dlm ati aku berbakoi da maki kat dia.. Kan tak pasal2 aku lak yg bg dia pahala freee... Huahuahua
ReplyDeletehaha.. betui tu.. byk yg dah makin hilang.. bole je nak jawab elok2 sb kita pun tanya elok2 kan, tapi xbuat cmtu.. sama je kalau kat kaunter..dalam tepon dah mcm tu, klo kat kaunter lg la buat ko rasa nak maki..haha..
Delete