Assalamualaikum..
Salam petang khamis..
Cuaca hari ni cerah tapi tetap samuii/sejuk walaupun danbou/heater dok terpasang.. Hidung pun dah mula berair sok sek sok sek dah ni.. harap2 tak selsema or demam..
Ni entry al-kisahnya pasal balik cuti2 malaysia hari tu.. sedar tak sedar rupa-rupanya aku balik malaysia selama 44 hari.. dah macam orang dalam pantang bersalin je.. hehe.. banyak benda berlaku masa aku balik tapi yang paling penting off coz la tentang majlis perkhawinan adik2 aku kan.. alhamdullillah, selesai sudah majlis diaorang.. dapat jugak aku tengok adik2 aku bersanding.. lepas ni lambat sikit la nak adakan kenduri semula coz yang lagi dua orang masih kecik2 lagi..
Selain dari balik nak tengok adik2 sanding aku ada jugak bawak family jalan2.. tak kemana2 pun, jalan sekitar penang je..haha.. jadi la kan, asalkan ada jugak sweet memories kat situ.. oh lupa pulak nak kenalkan budak kecik yang pakai baju warna oren dalam gambar kat bawah ni.. ni la nor azzahraa, anak buah aku yang baru.. comel cam mak sedara dia tak? *sila muntah hijau*.. haha.. masa ni baru 3 bulan, nanti lagi setahun lebih jumpa mesti dia tak kenal aku kan.. sob..sob..
Ni pulak antara makanan yang aku melantak puas2 tak hingat doniiiaaa.. hahah.. sebelum balik dah buat list dah apa nak makan, memang cari jugak sampai dapat.. mengalahkan orang mengidam.. hihi.. bila balik nihon terus capai penimbang.. nahhh.. amik kau, naik 2kilo.. hukhuk.. kena mula berdiet la sekarang ni.. dah la memang debab dah, bila naik lagi bertambah2 la debabnya.. =)
Dah tu je untuk hari ni.. sejuk malas nak taip panjang2.. Daaaa.. =)
.jpg)


hahahaha... kalo org baca tajuk saja, sah2 kata ang dok berpantang... hahha
ReplyDeletehahaha.. betui2.. aku pun dok berpantang jgk, pantang dr masak memasak.. hikhik
Delete