Friday, May 31, 2013

Hatiku di Fujisan

Hamboihhhh!! Tajuk macam drama TV3.. haha.. 

Al-kisahnya aktiviti jalan2 hujung minggu la ni.. belum pernah terjah Gunung Fuji @ Fujisan ni so memang tekad la keluar awal pagi untuk ke Yamanashi nak tengok Fujisan kan sampai kena saman dek pak polisi lah sebab en suami kite ni sedap je tekan minyak.. patutnya jalan kena bawak 40 km/j je dia gi bawak sampai 67km/j (ni ikut jalan biasa ye, bukan highway) so melayang la 18000yen. hukhuk.. Dah separuh jalan baru dia nak naik highway sb dia ni memang jenis suka guna jalan biasa *boleh tengok tempat orang katanya* sampai panas bontot den duduk dalam kereta lama2.. 

Kami ke Oshino Hakkai sebuah perkampungan samurai gitu.. Kat situ patutnya boleh tengok fujisan dengan jelas tapi nasib tak menyebelahi fujisan menyorok di balik awan.. huhu.. kat situ ada beberapa kolam ikan yang airnya sangat2 la jernih sampai boleh nampak ikan n rumpai2 dalam tu.. air tu dari fujisan lah.. ada jugak tempat yang kita boleh rasa betapa sejuknya air dari salji yang cair kat fujisan tu.. try rendam tangan 30 saat rasa kebas weiiii.. haha..

Lepas beli omiyage/souvenir kami gerak ke Lake Saiko, kat situ baru la boleh tengok fujisan depan mata.. dia dah tak malu2 main nyorok2 dah.. heeee.. 


No comments:

Post a Comment