Monday, January 28, 2013

Illumination Ashikaga Flower Park

Malas nak taip lagi so gambar jela lagi ye.. Gambar kabur sebab tangan sejuk terketar2.. hukhuk.. 
tottoro
ni satu seni okeyy.. 
bunga hidup..

Main yuki lagi


kumpul yuki nak buat yukidaruma
taraa!!! dah siap..
ready..
go...
Malaih nak taip panjang2.. gambar je cukup.. =)

Monday, January 21, 2013

Hatiku Di Nikko

Assalamualaikum..
Konnichiwa..

Fuhhh.. tajuk entry macam tajuk drama tv..
Ni al-kisah aktiviti jalan2 semalam, lepas bosan seharian memerap kat rumah sepanjang hari sabtu, so hari ahad kita enjoyyy!!

Ni pertama kali naik ke Nikko waktu 冬/winter selama ni selalu terjah sini time 秋/autumn je.. tak de apa yang menarik pun time winter ni melainkan snow jela sana sini, bila berjalan asyik nak tergelincir je n bole la tengok air terjun Kegon Fall yang separuh beku.. Ohh.. Tak lupa jugak 9-11 Februari nanti ada yuki matsuri kat nikko so wajiblah ajak hubby gi tengok nanti..hehe

Dah tu je nak ngomel untuk hari ni.. Daaa ^_^

Tuesday, January 15, 2013

Yuki pertama 2013

Semalam seluruh penduduk kawasan Kantou (daerah Gunma, Tochigi, Saitama, Ibaraki, Tokyo, Chiba n Kanagawa) dapat bermain dengan yuki.. ni kira yuki pertama untuk winter kali ni.. Al-maklumlah kawasan kantou ni agak susah nak tengok yuki turun, kalau kawasan lain di jepun boleh tengok tiap2 hari kot.. *sangat jeles ok dengan penduduk kawasan2 tu*

Aku macam biasa lah jadi penunggu yuki di tepi tingkap.. seronok dapat tengok kapas2 putih turun dari langit *masih jakun lagi okey*.. dan macam biasa hubby akan bising2 cakap sejuk nanti demam la apa la.. adehhh.. memang tak bagi can betul.. kebetulan semalam memang seluruh jepun cuti so hubby aku tak keje kena la dengar syarahan dia tu.hukhuk.. 

Dah agak bosan tengok yuki dari tingkap aku ajak hubby keluar jalan2.. kami ke Akagi cari softcream.. memang kerja gila sebab makan softcream time sejuk2.. menggigil satu badan lepas makan tapi bestttt..haha.. Nak naik ke Akagi terpaksa patah balik coz ada accident so main klik2 gambar sepanjang jalan jela..hajat nak buat yuki daruma / snowman terpaksa pendamkan dulu.. Heee ^_^



Asakusa

Sabtu lepas ke Tokyo. Niat asal nak melawat dua orang kawan hubby yang baru dapat baby baru2 ni tapi sebelum ke sana singgah dulu ke Asakusa. Tempat yang agak menarik untuk berhabis duit.. sebab banyak omiyage/souvenir yang cantik menarik ada jual kat deretan kedai di situ. Kalau datang jepun tak sempat nak beli omiyage boleh la singgah ke Asakusa untuk beli.. harga pun boleh tahan jugak murahnya. Aku sempat sambar FM asakusa n sekotak kuih mochi yang lain maybe lepas2 ni la kot kalau berkesempatan turun ke asakusa lagi sebabnya terlalu la ramai umat manusia, tak sempat nak meronda setiap kedai.. hehe 

Asakusa dah dekat dah dengan Tokyo Skytree, lambang baru Jepun yang baru je dibuka tahun lepas.. Disebabkan nak kejar masa melawat baby, so tak sempat nak singgah jugak, sempat klik2 gambar je.. lain kali kena jugak terjah situ.. Ngee =)

Thursday, January 10, 2013

Jalan atas tasik beku.. Ada berani??

Naik Akagi minggu lepas tengok tasik Ohnuma dah beku.. Dah ramai orang datang untuk memancing ala2 macam cerita katun Pingu tu.. buat lubang kecik n pancing la tunggu ikan makan umpan.. macam best sebenarnya teringin nak cuba tapi sebab sejuk sangat pikir banyak kali jugak la kalau nak try pun.. hehe

Best jugak jalan2 atas tasik yang membeku ni tapi masih ada sikit rasa takut2 mana la nak tau kan nasib tak baik buatnya ais retak jatuh la dalam tasik yang dalam n sejuk tu.. *mintak dijauhkan la dari musibah gitu*.. so ni kira pengalaman pertama aku la dapat jalan2 atas tasik beku ni.. ada gaijin lain siap berlari2 main bola lagi..haihh takut sangat bila tengok diaorang main.. haha

Illumination Ota

Ni pulak kisah jalan2 tengok lampu malam2.. tahun lepas gi illumination kat Ashikaga Flower Park so tahun ni cari tempat baru kat Ota-shi.. Agak keciwa jugak la coz illumination nya tak berapa cantik n meriah dengan lampu2.. so agak tak besttt.. hehu..