Hari sabtu lepas aku gi Aeon Ota dengan harapan dapat la berjumpa dengan sebijik durian... tapi harapanku hampa sebab satu pun tarakkkk.. *sedey betul... huhu...* So balik la rumah dengan tangan kosong..hehe.. malamnya hubby aku pulak request nak makan crepes.. dinner malam tu dia tak nak makan nasik, nak crepes saja, aku buat satu adunan dapatla dalam 10 keping ditambah pulak dengan inti pisang, coklat hersheys n whipped cream, menjadik jugak la crepes aku yang aku bagi nama choco banana cream crepe.. hehehe *tiru nama mcm kat kedai jual crepes di Kiryu..hikhik*
![]() |
| rasa dah sama tapi presentation tak sama macam yang jual kat kedai..hehe |
Resepi aku amik dari blog kak hana di sini ... buat sendiri lagi untung dari beli kat kedai..aku dengan hubby makan sorang 5 keping ..hehe.. kalau beli kat kedai satu dah berharga 350yen, tak puas makan satu je kan.. bila buat sendirik, nah amik kau makan sampai kenyang..hihihi..
Dah habis cerita pasal crepes, sekarang nak story mory pasal AADAG (ada apa dengan ayam goreng) ala2 macam cerita AADC (ada apa dengan cinta) pulak kan..hehe.. Hubby aku suka sangat makan ayam goreng n bila aku wat ayam goreng mesti rasa dia tak sama macam ayam goreng yang hubby aku buat..*ayam goreng kunyit je pun*... hahaha.. Aku tengok cara hubby aku goreng n buat ayam goreng tu sama je, taruk kunyit, taruk garam, gaul2 n goreng tapi rasanya lain dari yang aku buat..hehe.. maybe sebab pengalaman membuatnya kot yang menjadikan ayam goreng itu lebih sedap..hihi.. hubby aku pakar wat ayam goreng sebab 6 tahun dia study kat nihon ni dia asyik makan ayam goreng je, aku pulak baru setahun dua ni la berjinak2 dengan dapur sebab selama ni dari form 1 sampai zaman universiti duduk asrama asyik makan kat kantin or cafe je... bila dah mula kerja duduk rumah sewa pun malas nak masak, hari2 makan kat kantin sekolah je.. hahah.. Sebab tu la kot ayam goreng hubby aku lebih sedap dari ayam goreng yang aku buat.. heheh.. * mode terpaksa terima kenyataan ayam goreng aku xsedap..hehe*
* al-fatihah untuk Pn. Hjh. Jamaatun, rakan sekerja dari smk seri selayang yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam... teringat kenangan dengan arwah yang sangat komited dengan tugas yang diberikan kepadanya... arwah suka sangat berinai.. jari2 dia selalu je ada inai.. waktu nak kawin tahun lepas aku siap mintak tips mcm mana nak bagi inai di jari warna merah yang cantik.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin..

No comments:
Post a Comment