Konnichiwa..
Hari ni nak cerita tentang aktiviti jalan2 semalam.. Tajuk entry apa ek? *tulis jepun bajet macam semua bole baca*..hehe.. Tajuk entry kali ni ialah Kokia Carnival.. Apa dia kokia tu ek?. Ntah aku pun tak tau apa benda alah kokia tu, dia macam rumput je sebenarnya yang berwarna hijau tapi bila masuk 秋 / autumn dia tukar warna jadi merah/pink yang sangat2 la comel gitu.. bila tanam banyak2 nampak dari jauh gebusss je, bila pegang mak aii kasar gila pokok tu *so don`t judge kokia by its warna n rupa*.. hihi
Kokia carnival ni buat kat Hitachinaka Seaside Park, tempat yang sama dengan entri Tulips tu.. Disebabkan semalam hari ahad pastu taman tu pulak buat promo masuk free dua kali sebulan kebetulan semalam memang free so penuh la taman tu dengan umat manusia.. ramai nihonjin but ada jugak aku jumpa minah salleh, arab, indonesia n india kat situ.. Memang sangat tak best nak menikmati view kokia yang gebu tu sebab terlalu ramai jalan pun bersesak2 waktu nak panjat bukit tempat kokia tu ditanam.. nak posing2 pun xpuas sangat + panas terik n malu2 kucing nak posing *tapi banyak je gambar makcik bajet cute ni posing*..hihih
Lepas bersesak2 kat atas bukit, kami turun n tengok ramai gila nihonjin tengah beratur untuk beli softcream, ingatkan softcream biasa je rupanya2 ada softcream perisa kokia, apalagi terus masuk line beratur sama2 untuk beli n rasa softcream tu.. Emm.. rasa dia bole tahan la, ala2 macam rasa kranberi / strawberi jugak sikit2 *ntah betul perisa kokia ke or diaorang kasi nama je aku pun taktau*.. hehe..
Sebelum gerak balik singgah dulu kat tepi pantai kawasan Oarai Aquarium untuk lunch bentou bihun goreng yang dah sejuk tu.. lepas makan lepak2 tepi pantai yang ombaknya sangat2 la kuat.. nasib baik tak jadi tsunami, kalau tak kami antara orang yang masuk dalam list orang hilang.. *mintak simpang la benda2 gitu*..
Dah, tu je nak cerita.. Daaa.. =)
* lagi 4 hari nak balekkkk.. semangat dok kemas luggage dah ni.. hehe






No comments:
Post a Comment