Ni kisah yang kedua tertangguh lagi iaitu trip ke Aomori-ken. Aomori ni antara wilayah2 yang terletak di utara jepun.. Dari Aomori boleh jugak naik feri terus ke Hokkaido tapi tak sempat nak terjah Hokkaido.. Maybe next time harus terjah hokkaido Inshaa Allah..
Aomori-ken ni sangat terkenal dengan buah epal. Mana2 pegi je kat sini mesti jumpa orang jual epal.. bersepah kot.. dah tu epal2 nya besar2 n sangat murah.. manis tak payah cakap la.. memang tip top punya sedap.. lalu kat tepi jalan je pun memang banyak ladang epal.. sayangnya waktu pegi hari tu awal2 musim bunga, pokok epal pun tak berdaun lagi.. hehe..
| epal pelbagai jenis. |
| tong pos pun epal.. |
| ladang epal.. |
Tempat pertama yang kami terjah adalah Hirosaki-jyou (Hirosaki Castle). Antara istana lama kat jepun ni. Niat asal nak tengok sakura je sebenarnya. hehe.. Alhamdullillah masa pegi tu cik sakura pun baru kembang... apalagi posing sakan la kan.. =)
Lepas habis pusing Hirosaki-jyou tu kami ke Tsugaru Neputa Village. Tempat ala2 muzium untuk Neputa.. Apa itu neputa sila la tanya pakcik google.. tak reti cek nak cerita neputa tu macam mana. hukhuk..
Hari kedua di Aomori pulak sebelum balik kami ke Misawa Aviation & Science Museum.. Muzium ni pasal kapal terbang n banyak jugak la aktiviti2 menarik pasal penerbangan.. Sempat la merasa macam mana tiada tarikan graviti kat bulan n encik suami pulak merasa la simulation nak bawak kapal terbang dan helikopter tapi malangnya dua2 terhempas masa mendarat..hikhik..
No comments:
Post a Comment