Friday, June 29, 2012

Kerabu tembikai???

Dua tiga hari lepas aku ada beli すいか / tembikai sebijik dengan harga 980 yen lebih kurang dalam rm39 duit malaysia..mahal sungguh tembikai dekat sini tp tu kira murah lagi la kalau nak banding dekat pasaraya lain  maybe dalam 1580yen sebijik @ rm63...* sebab tu aku amik jugak sebijik, kalau tak amik nanti menyesal*..hehe


Waktu aku belah buah tembikai ni aku tengok warnanya macam pucat tak merah sangat n nampak macam tak manis, tapi bila dah makan, mak aiiii.. manisssss sungguh... tu la beza buah tembikai jepun dengan malaysia maybe sebab cuaca kan, kat sini sejuk so walaupun nampak macam tak manis tapi sebenarnya manis yang amat.. haha.. *so don`t judge tembikai by its warna la..*.hehe
Disebabkan tembikai ni besar n yang nak makannya hanya aku dengan hubby je so banyak lagi la yang lebih2, sekarang pun masih ada separuh dalam peti sejuk tu... Terus je aku teringat kerabu tembikai yang selalu tok n mak aku buat..hehe.. ada tak sapa2 yang tak pernah makan kerabu tembikai??.. mesti rasa pelik kan, ada ke orang buat kerabu tembikai..hihi.. rasanya memang sedap, pedas2 manis gituuu...


Jom aku kongsikan cara2 nak buat kerabu tembikai ni... Kalau rasa buah tembikai tu banyak lebih n tak larat nak habiskan, buat aje kerabu macam ni makan dengan nasi panas2 n lauk sampingan lain memang sedap sangat2 la..hehe

Bahan2 :
* isi tembikai yang diparut2 dengan sudu 
*1 biji cili padi ditumbuk/dikisar/dihiris halus - kalau nak lagi pedas tambah la sendiri berapa bijik yang korang suka
*1 biji cili hidup ditumbuk/dikisar/dihiris halus - aku gantikan dengan capsicum sb kat sini takde cili hidup
* bawang besar hiris halus
* sedikit belacan
* secubit garam

Cara2 : Gaulkan semua dalam satu bekas n boleh la dihidangkan... Senang je kan??..






Tuesday, June 26, 2012

Kakigori

Ais kacang.... ais ais kacang... bila rasa panas dan dahaga... singgah digerai ais kacang diminta... susu dan jagung, kacang dan lengkong, juga sirap berwarna... campur semua, enak rasanya..kegemaran kita semua... *sila nyanyi sendiri lagu ais kacang zaman kanak2 ni ye..* hehe... 

So hari ni nak cerita pasal ais kacang *ais kepal je sebenarnya* versi jepun.. namanya kakigori..*bukan kaki gorilla tau*.hehe.. Kalau ais kacang kat malaysia nun kita taruk macam2 kan selain dari ais sagat tu, ada kacang, lengkong, jagung manis, jelly warna warni n sirap macam2 warna kan..lepas tu ditambah pulak dengan susu pekat manis...waaa bertambah2 manis... fuhhhh..baru cakap je dah terasa kat tekak aku kenikmatan ais kacang waktu panas2 gini..hehe.

Kat nihon ni dia punya ais kacang tak sama macam kat malaysia, seolah2 seperti ais kepal je yang ditambah dengan satu atau dua jenis sirap..takde kacang, jagung, jelly n susu semua tu... 
Tapiiiii... aku ada jumpa satu kedai di kiryu, gunma yang jual kakigori seolah2 macam ais kacang kat malaysia..hehe..baru je gi makan hari ahad lepas time panas2 nak masuk summer ni memang nikmatnya tak terkata lah..haha.. *tengok gambar di bawah*

kakigori
Yang bezanya kakigori tu dia takde kacang segala bagai tetapi diganti dengan azuki (sejenis mochi)  yang bila dimakan bersama ais terasa kenyal2 gitu... aku try kakigori ichigo special iaitu kakigori berperisa strawberry yang siap ada ais krim vanilla diatasnya... hehe.. act, ada macam2 perisa lagi, nanti nak gi try perisa lain pulak sebelum puasa ni..hihi

Monday, June 25, 2012

Hokuriku Taikai 2012

Hari sabtu lepas berlangsungnya Hokuriku Taikai 2012 yang bertempat di Nagaoka-shi, Niigata.. Atas jemputan adik2 dari Gunma University aku n hubby pun turut serta le jugak walaupun hubby hanya bekas pelajar gundai..hubby aku memang nak pegi sangat la sebab dah gian nak sepak bola..hehe.. 
Hasil dari training setiap hujung minggu di padang gakkou kiryu akhirnya gunma daigaku mendapat johan dalam kumpulan A n tempat ke-4 keseluruhan.. Hubby dapat jugak taruk gol sebijik walaupun badan dah tak fit untuk berlari laju..hehe



Monday, June 18, 2012

Crepes & Ada Apa Dengan Ayam Goreng

Hari sabtu lepas aku gi Aeon Ota dengan harapan dapat la berjumpa dengan sebijik durian... tapi harapanku hampa sebab satu pun tarakkkk.. *sedey betul... huhu...* So balik la rumah dengan tangan kosong..hehe.. malamnya hubby aku pulak request nak makan crepes.. dinner malam tu dia tak nak makan nasik, nak crepes saja, aku buat satu adunan dapatla dalam 10 keping ditambah pulak dengan inti pisang, coklat hersheys n whipped cream, menjadik jugak la crepes aku yang aku bagi nama choco banana cream crepe.. hehehe *tiru nama mcm kat kedai jual crepes di Kiryu..hikhik*
rasa dah sama tapi presentation tak sama macam yang jual kat kedai..hehe
Resepi aku amik dari blog kak hana di sini ... buat sendiri lagi untung dari beli kat kedai..aku dengan hubby makan sorang 5 keping ..hehe.. kalau beli kat kedai satu dah berharga 350yen, tak puas makan satu je kan.. bila buat sendirik, nah amik kau makan sampai kenyang..hihihi.. 

Dah habis cerita pasal crepes, sekarang nak story mory pasal AADAG (ada apa dengan ayam goreng) ala2 macam cerita AADC (ada apa dengan cinta) pulak kan..hehe.. Hubby aku suka sangat makan ayam goreng n bila aku wat ayam goreng mesti rasa dia tak sama macam ayam goreng yang hubby aku buat..*ayam goreng kunyit je pun*... hahaha.. Aku tengok cara hubby aku goreng n buat ayam goreng tu sama je, taruk kunyit, taruk garam, gaul2 n goreng tapi rasanya lain dari yang aku buat..hehe.. maybe sebab pengalaman membuatnya kot yang menjadikan ayam goreng itu lebih sedap..hihi.. hubby aku pakar wat ayam goreng sebab 6 tahun dia study kat nihon ni dia asyik makan ayam goreng je, aku pulak baru setahun dua ni la berjinak2 dengan dapur sebab selama ni dari form 1 sampai zaman universiti duduk asrama asyik makan kat kantin or cafe je... bila dah mula kerja duduk rumah sewa pun malas nak masak, hari2 makan kat kantin sekolah je.. hahah.. Sebab tu la kot ayam goreng hubby aku lebih sedap dari ayam goreng yang aku buat.. heheh.. * mode terpaksa terima kenyataan ayam goreng aku xsedap..hehe*

* al-fatihah untuk Pn. Hjh. Jamaatun, rakan sekerja dari smk seri selayang yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam... teringat kenangan dengan arwah yang sangat komited dengan tugas yang diberikan kepadanya... arwah suka sangat berinai.. jari2 dia selalu je ada inai.. waktu nak kawin tahun lepas aku siap mintak tips mcm mana nak bagi inai di jari warna merah yang cantik.. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin..

Thursday, June 14, 2012

Akachan

Apa itu akachan??.. akachan tu maksudnya baby... *apa kes aku nak tulis pasal baby pulak ni, bukan aku ada baby pun a.k.a tak mengandung lagi pun...* sedey betul.. T__T
Setiap orang yang dah kawin mesti selalu dengar soalan cepumas ni kan ``Bila nak ada baby??``... Huh, naik stress aku dengar soalan gitu... Sebelum kawin orang sibuk bertanya bila nak kawin, dah kawin sibuk lagi tanya bila nak ada anak, bila dah ada anak sorang, pun adaaaaa lagi soalan bila nak tambah sorang lagi... 
Macam aku bernasib baik sikit la pas kawin ikut hubby ke nihon ni, so tak berjumpa sedara mara so kurang sikit la soalan gitu, tp tetap wat aku rasa stress jugak sebab tengok kawan2 baya aku dah ada anak sorang dua.. jeles betul tengok baby diaorang yang comel2 tu... gerammmm nya rasa nak cubit2..hehe.. 
Nanti balik malaysia walaupun seminggu sure aku disimbahi dengan soalan2 gitu bertubi2 macam peluru je..*dussshhhh...*
So nanti aku nak jawab gini ---> Kita hanya merancang, berusaha n berdoa tapi Allah yang menentukan rezeki masing2...
Bole gitu??... agak2 ada lagi tak yang berani nak tanya aku soalan itu??..hahahha.. 
nah, tengok gambar baby ni je pun jadi laaa... hehe

Tuesday, June 5, 2012

Sabar menanti...

Tengah sabar menanti tarikh 26 Oktober...
Walaupun lagi 4 bulan setengah tapi dah rasa excited tak tau nak habaq dah .. hahahha
Macam2 benda dah bermain2 dalam fikiran aku sekarang ni... 
Macam2 benda yang nak dibuat nanti... hehe
Yang pasti, cik durian, sila tunggu saya ok??..harap2 kamu masih ada untuk saya.. saya rindu sama kamu.. 
sahabat kamu di sini sangat mahal harganya... hihihi
image cik durian dari pakcik google...


Monday, May 28, 2012

Umeda

Semalam aku dengan hubby ke Umeda, Kiryu.. kat situ ada sungai n air terjun yang sangat cantik... bila tengok air yang jernih tu mula la rasa macam nak terjun je mandi sungai tu tapi sebab airnya terlalu sejuk, rendam kaki je la 4,5 saat.. tu pun dah rasa macam nak beku je kaki tu.. hehe.. tunggu nanti dah masuk summer bila suhu dah cecah 38 degree celcius ke atas boleh la terjun sungai tu untuk sejukkan badan.. hiihi.. 
So semalam kami just picnic makan kebab n ais krim yang dibeli masa on the way ke umeda tu jela... tu pun dah rasa best.. lagi best kalau buat BBQ kat situ kan... hehe.. tak pe lepas ni program BBQ pulak la ye.. hehe.. lepas lepak kat umeda singgah pulak kat Matsudagawa Dam.. ada la 2,3 orang jepun tengah memancing kat situ...