Monday, September 3, 2012

Himawari Festival

Ni kisah hari sabtu lepas pulak, 1 September 2012.. Aku dengan hubby jalan2 ke Tsukuba tengok Himawari Festival @ Festival Bunga Matahari... Festival ni buat selama seminggu je dari 1 sept - 9 sept ni.. So awal2 lagi dah ajak hubby ke sana sebabnya tahun lepas tak dapat nak pegi, tahun ni mesti wajib la pegi kan.. 

Bertolak pukul 7 pg, pukul 8.30 dah sampai tempat tu *tak ingat pulak nama tempat*... Festival tu mula sepatutnya pukul 9 pagi, tapi kami redah terus posing dengan bunga matahari yang banyak tu *ada 100mang@1juta pokok bunga matahari*..hehe.. Pukul 9 pagi baru mula sesi pelancaran festival.. Hari pertama n awal2 pagi so tak ramai lagi orang yang datang,.. puas la berposing sakan dengan himawari tu..hihi

Dah puas posing *siap posing dalam  hujan renyai2 kejap*, kami cadang nak balik dah la, tetiba ternampak signboard tulis boleh petik2 bunga matahari sendiri... harga untuk petik 5 tangkai@pokok himawari hanya 200yen je, so apa lagi, merengek2 la aku kat hubby nak petik bunga tu bawak balik rumah *walaupun hakikatnya satu pasu bunga pun takde kat rumah*..haha.. Memang best la dapat petik bunga matahari tu... terasa macam ala2 main game Farmville kat fesbuk je..haha.. hubby aku siap cakap bukan bole makan pun bunga tu.. *sori ye abg, perempuan memang macamni, pantang nampak bunga..kihkih*

Jom layan gambar himawari tapi sila jangan muntah tengok gambar i yang dah gemukks n banyak dalam tu.. hee =)




2 comments:

  1. wow! cantiknye pemandangan dengan bunga matahari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Mmg cantik bila bunga matahari byk2 gini.. =)

      Delete