Semalam ke 7 Eleven depan rumah ni untuk beli satu majalah. Nama majalah tu Sweet. Apa yang bestnya majalah ni ek?.. bukan reti baca pun bahasa jepun tu.. sekadar tengok gambar bole la kan.. Sebenarnya yang bestnya majalah tu sebab dia kasi FREE GIFT Coach Case warna merah ang ang orang kedah cakap.. comel aje.. dalam case tu siap ada free buku nota n sticker Coach.. so best tak?..best tak??.. heheh
Aku sebenarnya tak tahu pun pasal majalah2 fashion kat jepun ni selalu kasi free gift gini.. Maklumla, tak tahu baca so buat apa nak gi belek2 majalah2 tu kan.. tapi sebab ternampak Kak Ayu beli majalah ni n dapat free gift gini, sapa tak tertarik kan.. hehe.. terpaksa la merengek2 mengorat laki aku mintak kebenaran beli majalah2 gitu semata2 nak free gift tu je.. hahah.. bacanya memang tak la, setakat tengok gambar fashion2 terkini untuk autumn sekarang ni je.. Nasib baik harga pun tak mahal mana, sekadar 690yen je sebuah *tapi tebal gila kot, saiz dia dua kali ganda majalah Pengantin kat malaysia tu*..
So lepas ni bole la mintak kat laki aku untuk beli majalah lain pulak sebab semalam tertengok macam2 adiah ada dalam majalah yang lain2.. contoh macam free beg kecik JillStuart, bag hanger Coach, bag Disney dan lain2 lagi la.. *sure dia bising dulu sebab bagi dia menyemak aje benda2 gitu sebab bukan reti baca pun... hahaha*
* tengah menderita sakit leher gara2 salah tidur semalam.. ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan semua rasa sakit.. rasa macam nak tanggalkan kepala je sampai rasa sakit tu hilang.. * eh, eh satgi jadi hantu penanggal susah pulak*.. hihi
hikhik... takpa2... bila lagi ramli nak manjakan bini dia... kikiki
ReplyDeletehaha..tu la, x bagi aku ngorat jgk smpi dpt..hikhik
ReplyDelete